Tempatan

Kuasa Pengampunan Duli Yang Maha Mulia Tidak Boleh Dipersoalkan – Zaid Ibrahim ‘Ajar’ Tommy Thomas

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 09 September 2022 – “Soal pengampunan ini adalah peribadi. Apa yang Tuanku berasakan kesalahan yang perlu diampun. Itu atas kebijaksanaan Baginda. Kita tak boleh nak mengajar Baginda. Kita bukan Raja. Kita tak boleh memberi pandangan yang seolah-olah menekan Baginda.”

Demikian jawapan balas peguam, Zaid Ibrahim kepada mantan Peguam Negara, Tommy Thomas dalam Facebooknya semalam.

Video itu dimuat naik sebagai jawapan balas kepada satu kenyataan oleh mantan Peguam Negara, Tommy Thomas dalam satu wawancara bersama sebuah portal tempatan.

Dalam wawancara itu, Tommy Thomas menegaskan bahawa Yang di-Pertuan Agong tidak boleh meneruskan pengampunan Baginda tanpa Lembaga Pengampunan.

“Tommy Thomas ni, apabila ditanya ‘Bolehkan Yang di-Pertuan Agong menggunakan kuasa Baginda tanpa Pardons Board, nasihat daripada Lembaga Pengampunan? Dia kata, no, tak boleh.’ Mana dia baca undang-undang ni?” kata Zaid Ibrahim.

Mengulas lanjut, Zaid berkata, “Hak prerogatif belas kasihan adalah peribadi. Baginda tidak perlu mengkaji dari sudut perundangan. Baginda perlu mengkaji sebelum membuat keputusan, mengkaji semua aspek keadilan. Apakah aspek kepincangan yang berlaku dalam sistem kita. Apakah ada sebab-sebab tertentu yang perlu digunakan pengampunan Baginda. Itu sahaja.”

Tambah Zaid Ibrahim, Lembaga Pengampunan diperlukan apabila Yang di-Pertuan Agong mahukan nasihat.

“Kuasa untuk mengampun itu tak bergantung kepada nasihat Pardons Board. Sekali lagi ditetapkan dalam kes Mona Fendy, 2002. Kes ini adalah kes pembunuhan kejam oleh Mona Fendy. Ia terlibat dengan kuasa pengampunan Sultan Pahang.”

“Kuasa pengampunan Duli Yang Maha Mulia ini tidak boleh dipersoalkan, tidak boleh dipertikaikan. Ini pun telah pun ditetapkan 25 tahun lalu,” kata mantan Menteri Undang-Undang itu lagi.

Kerana itu Zaid menegaskan agar seseorang itu tidak membuat precedent yang Tuanku merasa tertekan, Tuanku merasa bersalah kerana unsur-unsur yang karut.

“Kita perlu memelihara kesucian hak prerogatif belas kasihan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu kita. Kita mesti pertahankan prinsip ini,” katanya lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: