Kuarantin Dilaksana Di Barat Mongolia Susulan Wabak Bubonik
ULAN BATOR, 29 Jun 2023 – Kuarantin selama seminggu dilaksanakan di wilayah Gobi-Altai, Mongolia susulan wabak bubonik yang melanda wilayah tersebut, lapor sebuah agensi berita antarabangsa.
Menurut Ketua Jabatan Perhubungan Awam Pusat Kebangsaan bagi Penyakit Berjangkit Zoonotik, Enkhbayaryn Dulmaa, pada 26 Jun baru-baru ini, seorang lelaki berusia 21 tahun telah dimasukkan ke hospital di wilayah itu dan berada dalam keadaan kritikal disyaki dijangkiti wabak tersebut.
BACA JUGA: Ahli Politik Itali Draf Undang-Undang Untuk Tutup Ruang Solat
BACA JUGA: Ramalan Cuaca Khas Sempena Hari Raya Aidiladha
BACA JUGA: Masalah Kami Dengan SUHAKAM Bila SUHAKAM Tidak Hormat Akta SUHAKAM – Lukman Sheriff
Lelaki tersebut didapati mempunyai beberapa simptom wabak bubonik, termasuk demam panas.
Susulan daripada itu, 40 orang yang mempunyai kontak rapat dengannya turut diasingkan.
Lapor berita sama, suruhanjaya khas mengenai situasi kecemasan, yang mengadakan mesyuarat pada malam 26-27 Jun baru-baru ini memutuskan untuk melaksanakan kuarantin selama enam hari di wilayah tersebut.
Kuarantin itu sekali gus mengehadkan keluar masuk buat mereka dari luar penempatan dan wilayah Bugat mulai 27 Jun dan enam hari akan datang malah penjualan minuman beralkohol juga dilarang buat sementara waktu.
Dalam masa yang sama, semua institusi perubatan yang terletak di wilayah itu turut dipindahkan ke mod berjaga-jaga yang tinggi.