Antarabangsa

Kualiti Udara Chiang Mai & Bangkok Antara Paling Teruk Di Dunia

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BANGKOK, 21 April 2023 – Chiang Mai dan Bangkok masing-masing disenaraikan sebagai bandar kedua dan keempat paling tercemar udaranya di dunia menurut laman sesawang pemantauan kualiti udara IQAir.

Portal melaporkan, pada 19 April 2023, 10 bandar dengan pencemaran udara paling teruk di dunia setakat 10 pagi pada tarikh itu menurut IQAir adalah Kathmandu, Nepal (186), Chiang Mai (177), Dhaka, Bangladesh (164), Bangkok (157) Johannesburg, Afrika Selatan (154), Kolkata, India (153), Shenyang, China (151), Kuching (142), Yangon, Myanmar (142) dan Delhi, India (133).

BACA JUGA: 3 Juta Kenderaan Dijangka Banjiri Pulau Pinang Raya Ini

BACA JUGA: Gempa Bumi Di Sabah, Tiada Amaran Tsunami Dikeluarkan

BACA JUGA: Kemasukan Ke Wad Kes COVID-19 Meningkat 26%

Skala pemantauan kualiti udara IQAir mempunyai enam kategori iaitu 0-50 (kualiti udara baik), 51-100 (pertengahan), 101-150 (tidak sihat bagi sesetengah kumpulan), 151-200 (tidak sihat), 201-300 (sangat tidak sihat) dan lebih 301 (berbahaya).

Had selamat Thailand untuk PM2.5 – pencemaran habuk halus yang dikaitkan dengan kematian awal akibat penyakit jantung atau paru-paru – adalah 50mcg.

Menurut IQAir, sebanyak 7 juta kematian dicatatkan setiap tahun akibat pendedahan kepada zarah halus dalam udara tercemar.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: