Antarabangsa

Pelajar Muslim Kesal Individu Kencing Dalam Tempat Wuduk

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KANADA, 24 April 2022 – Hadirin yang datang ke Jamuan Tahunan Pelajar Kejuruteraan Universiti Guelph bertindak mencemarkan ruang wuduk pelajar Muslim di universiti dengan kencing di dalam tempat wuduk.

Kejadian yang berlaku pada 31 Mac lalu itu membuatkan pelajar-pelajar Muslim di sana kecewa apabila individu-individu terbabit masuk ke ruangan yang dikhaskan untuk pelajar Muslim sahaja dan mencemarkan tempat itu dengan membuang air kecil, lapor GUELPHTODAY.com.

Satu kenyataan kemudiannya dikeluarkan oleh Persatuan Kejuruteraan dua minggu selepas kejadian berlaku.

“Saya terkejut, terkesima dan malu menjadi wakil persatuan ini selepas mendapat tahu kejadian yang berlaku,” kata Grace Ly, Presiden Persatuan Pelajar Kejuruteraan Universiti Guelph (EngSoc).

“Dalam Komuniti Kejuruteraan Guelph, EngSoc berusaha untuk membina persekitaran yang inklusif, dan tingkah laku ini tidak mencerminkan nilai-nilai ini,” tambahnya lagi.

Siasatan kini sedang dijalankan oleh pihak universiti bagi menyelesaikan kejadian ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: