Antarabangsa

Kritikal! Kementerian Kesihatan Gaza Gesa Pesara Kembali Bertugas

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

GAZA, 21 Oktober 2023 – Kementerian Kesihatan Gaza menggesa pesara pekerja penjagaan kesihatan segera kembali bertugas berikutan sektor penjagaan kesihatannya yang hampir lumpuh akibat perang Palestin-Israel.

Situasi perang yang semakin teruk menyebabkan Kementerian bertindak sedemikian sekali gus merayu masyarakat antarabangsa dan pertubuhan bantuan kemanusiaan supaya menghulurkan bantuan perubatan segera kepada hospital di Gaza.

Media melaporkan, mereka juga bersungguh-sungguh menekankan bahawa ramai pesakit dan individu yang cedera akan kehilangan nyawa jika bantuan ditangguhkan.

Sektor kesihatan mereka turut diduga dengan kekurangan bahan api dan ubat-ubatan di hospital.

Terdahulu, dilaporkan Gaza sedang mengalami krisis kemanusiaan teruk tanpa bekalan elektrik, manakala mereka kehabisan bekalan air, makanan, bahan api dan perubatan.

Setakat ini, sekurang-kurangnya 3,808 rakyat Palestin dibunuh dalam serangan Israel ke atas Gaza, manakala lebih 1,400 mati di pihak rejim.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: