Kritik Rejim Haram Aparteid Israel, Kongres Muslim Diundi Keluar
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
WASHINGTON, 05 Februari 2023 – Republikan di Dewan Perwakilan AS telah mengundi untuk menggulingkan Ahli Kongres Ilhan Omar susulan kritikan ahli parlimen Islam itu terhadap sokongan ahli politik Amerika berhubung rejim haram aparteid Israel.
Langkah itu diluluskan dengan undian 218 sokongan dan 211 bantahan pada Khamis, menyingkirkan penggubal undang-undang kelahiran Somalia itu daripada Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Negeri.
BACA JUGA : Gerakan Dakwa Harga Sayuran Naik Sehingga 160 Peratus, Tempelak Kerajaan
BACA JUGA : Lebur Besi Perlukan Teknologi Tinggi
BACA JUGA : Memorandum Peringatan Hari Solidariti Kashmir 2023
Mereka yang menyokong penyingkirannya daripada jawatankuasa itu memetik hantaran di Twitternya pada tahun 2019 “It’s all about the Benjamins baby”.
Hantaran itu didakwa berbaur anti-Semitik oleh para pengkritik.
Berucap di Kongres sebelum pengundian, Ilhan Omar berkata bahawa penyerangnya tidak akan mampu untuk membungkamnya.
Rep. Ilhan Omar speaks ahead of the vote to oust her from the Foreign Affairs Committee: “My leadership and voice will not be diminished if I’m not on this committee for one term. My voice will get louder and stronger…take your vote or not. I am here to stay.” pic.twitter.com/9nJjHAGwi4
— MSNBC (@MSNBC) February 2, 2023
“Saya tidak datang ke Kongres untuk berdiam diri… Kepimpinan dan suara saya tidak akan berkurangan jika saya tidak berada dalam jawatankuasa ini untuk satu penggal.”
“Suara saya akan lebih lantang serta lebih kuat dan didengari di seluruh dunia seperti yang telah berlaku.”
“Saya seorang Muslim, saya seorang pendatang dan, menariknya, saya dari Afrika.”
Sebelum itu, Ilhan Omar telah mengumumkan penubuhan Kumpulan Kerja Dasar AS-Afrika di tengah-tengah ketidakpastian kedudukannya dalam jawatankuasa itu, pada Selasa lalu.
Kumpulan kerja berkenaan akan memberi tumpuan kepada penglibatan yang konsisten dengan pakar dan penggubal dasar yang bekerja di Afrika.