Krisis Politik United Kingdom Semakin Bergolak – Lukman Sheriff
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
KUALA LUMPUR, 25 Oktober 2022 – Peguam, Lukman Sheriff dalam satu kenyataan mengulas mengenai krisis politik yang sedang dihadapi United Kingdom (UK) apabila negara tersebut bertukar Perdana Menteri (PM) buat kali ketiga dalam tempoh setahun.
“Perkembangan yang bersejarah. Buat kali pertama seorang bukan mat salleh menjadi perdana menteri UK.”
UK kini mengalami krisis politik yang runcing. Dalam tahun ini sahaja ada 3 perdana menteri. Pergolakan parti politik Tory menyebabkan negara ini terumbang ambing seperti negara ketiga. Dan sistem westminister membolehkan PM dilantik tanpa mandat rakyat. Profesor Harding baru-baru ini seolah-olah malu dengan apa berlaku di bawah sistem ini,” ujarnya dalam satu hantaran yang dibuat melalui laman sosial Facebooknya.
Menurut Lukman Sheriff, terdapat perkara baik dan buruk dalam semua sistem, begitu juga dengan pelantikan PM UK yang baharu, Rishi Sunak yang menurutnya, satu perkembangan baik apabila “satu glass” ceiling telah pecah di UK.
UK pada pandangan Lukman Sheriff adalah sebuah negara yang memiliki masyarakat yang mempunyai tradisi pemisahan kelas yang kuat dan sebati, “Elitism”.
“Dahulu ketika muda saya pernah “intern” di sebuah firma antarabangsa antara yang paling besar di dunia. Saya meminta ditempatkan di sebuah department korporat dan bersyukur dapat. Cuma apabila di sana saya melihat tiada seorang bukan Mat salleh pun di situ. Saya ada kenalan bukan mat Salleh dapat keputusan baik seperti dari Oxbridge. Tetapi setelah mengkaji mereka ini ramai di department seperti immigration dan conveyancing. Kawan rapat yg bersama saya di Cambridge dulu selepas grad pun buat kerja2 berkaitan immigresen.”
“Terus terang saya tidaklah rasa rasisma di situ. Semua baik. Cuma saya sedar kalau saya nak maju saya kena break “the glass ceiling” untuk mendapat “client loyalty”,” tambahnya lagi.
Oleh yang demikian, kejayaan Rishi Sunak baginya menarik kerana beliau telah masuk ‘club’. Belajar dari private school dan Oxbridge. Bersama dengan elite dari awal. English dan “demeanour” pun berhabuk. Kalau dilihat isu yang dibawanya, beliau menyokong polisi anti-immigrasi walaupun bapanya immigrant. Jadi jelas among the elite beliau sudah masuk kelab dan diterima.
Bagaimanapun, cabaran paling besar yang perlu dihadapi Rishi ketika ini adalah samada rakyat boleh menerimanya. Sekarang ini, Tory berada di keadaan kepercayaan yang sangat teruk. Sebab itu mereka tak mahu “general election.” Cuma Rishi pandai dan didakwa bagus dalam polisi ekonominya. Kalau berjaya, peluang Rishi mendapat mandat rakyat untuk terus jadi PM nampak cerah.
“Tahniah Rishi,” ucap peguam itu yang menyatakan, pelantikan Rishi itu memecahkan dominasi orang putih dalam kuasa besar dan pada masa sama tidak mengharap sama ada Rishi akan memihak kepada pandangan ketimuran kita kerana perpecahan dominasi itu sudah cukup untuk beliau.