Krisis Kewangan Tunisia Punca Ketandusan Bekalan Ubat
TUNIS, 05 Jun 2023 – Rakyat Tunisia yang sakit berdepan kesukaran mendapatkan ubat, ini kerana krisis kewangan yang dihadapi, menyebabkan negara itu mengurangkan import bekalan ubat. Ini menyebabkan pesakit beralih ke pasaran tidak formal untuk mendapatkan ubat mereka.
Menurut farmasi, beratus-ratus ubat telah hilang selama berbulan-bulan, ini termasuk ubatan bagi rawatan penting untuk penyakit jantung, kanser dan diabetes serta banyak ubatan asas seperti ubat titis mata yang ketiadaannya memburukkan lagi keadaan pesakit yang kronik.
BACA JUGA: Pelajar Hindu Mengaku Tuduhan Dipaksa Sekolah Pakai Hijab Adalah Palsu
BACS JUGA: Malaysia Antara Negara Catat Kadar Pencemaran Sungai Akibat Plastik Paling Tinggi Di Dunia
BACA JUGA: Melayu Digesa Bersatu Tolak Agenda ‘Malaysian Malaysia’ DAP
Faourati, seorang doktor pakar , terpaksa meminta pesakit untuk cuba mendapatkan ubat dari Eropah, termasuk ubat yang digunakan untuk mengawal degupan jantung yang tidak teratur, bengkak dan pembekuan dan beliau turut menyatakan tiada alternatif yang baik tersedia di Tunisia.
Kesukaran ini menunjukkan masalah fiskal yang dihadapi Tunisia semakin meruncing sedang melanda rakyat biasa dan ini menambah kemarahan orang ramai terhadap negara yang hampir tidak dapat mengekalkan perkhidmatan asas sekalipun.
Tunisia mengimport semua ubat melalui Pusat Farmasi milik Kerajaan, yang menyediakan ubat kepada hospital dan farmasi di seluruh negara yang menawarkannya kepada pesakit pada kadar subsidi.
Ketua Sindiket Farmasi Tunisia, Naoufel Amira berkata, ratusan ubat tidak lagi tersedia termasuk untuk rawatan kencing manis, bius dan kanser.
Amira berkata Pusat Farmasi berhutang kira-kira 1 bilion dinar ($325 juta) kepada pembekal. Pegawai di sana berkata ia berhutang kira-kira 800 juta dinar sambil menambah bahawa syarikat insurans awam dan hospital menangguhkan pembayaran bil mereka sehingga setahun.
Menurutnya lagi badan itu turut berhutang sejumlah besar kepada pembekal asing, yang telah mengehadkan jualan mereka kepada Tunisia sebagai tindak balas.