Tempatan

Krisis Kekurangan Pegawai Perubatan Bakal Berlaku

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 02 Julai 2022 – “Akan berlaku krisis kekurangan pegawai perubatan. Kami dah lama beritahu kalian dan ia akan menjadi bertambah teruk.”

Pemilik akaun Twitter @HartalDoktorKontrak memuat naik sekeping surat yang memaklumkan satu sesi perjumpaan pegawai perubatan bidang pengurusan akan diadakan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 1 Julai.

Menerusi surat itu, Pengurusan Tertinggi HKL mendapati akan berlaku krisis kekurangan pegawai perubatan di hospital tersebut dan Hospital Tunku Azizah (HTA) berikutan pergerakan keluar pegawai perubatan junior daripada HKL bermula 18 Julai 2022.

Oleh itu, perjumpaan tersebut diadakan untuk membincangkan penyelesaian isu kekurangan pegawai perubatan di hospital berkenaan.

Menurut @HartalDoktorKontrak, sebelum ini hospital tersebut hampir tidak mempunyai doktor yang mencukupi untuk menampung beban pesakit dan kini keadaan akan bertambah teruk.

Hantaran tweet itu mendapat banyak sokongan dari pengguna Twitter yang lain.

“Tempat kerja saya ada 22 slot untuk pegawai perubatan (MO), tapi cuma ada 13 MO sahaja. Tiada pakar, tiada doktor pelatih (HO). Tolak yang kena pergi hospital lain, cuti dan kursus. Boleh bayangkan kami kerja macam mana? Oncall ED sorang-sorang macam nak gila dari 5 petang ke 8 pagi,” ujar @muhamad_aman.

“Sungguh ia semakin teruk walaupun di Kangar. 200 pesakit perlu dirawat dari 8 pagi hingga 1 petang oleh 2 orang pegawai perubatan. Pesakit perlu menunggu berjam-jam lamanya dan doktor sudah keletihan,” tambah @ahmad27208855.

Leave a Reply

Back to top button