Antarabangsa

Kremlin Akui Berjaya Kurangkan Kuasa Ketenteraan Ukraine

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

RUSIA, 20 Jun 2023 – Kremlin telah mengeluarkan kenyataan bahawa sasaran Rusia untuk melemahkan ketenteraan Ukraine telah berjaya dalam keadaan di mana penggunaan senjata milik Kiev kini semakin berkurang.

Kenyataan tersebut telah dikeluarkan oleh jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov pada Ahad lalu. Menurut Peskov, tentera Rusia telah berjaya menghentikan sistem-sistem persenjataan tempatan Ukraine.

BACA JUGA: JKN Siasat Kes Kencing Tikus Di Taman Eko Rimba Bukit Wang

BACA JUGA: SUHAKAM Perlu Ikut Perlembagaan Dan Tidak Terima Dana Asing – NGO Islam

BACA JUGA: Selepas Batal Lesen Judi, MB Perlis Janji Hapuskan Judi Haram

Menurutnya lagi, keadaan yang dihadapi Ukraine itu telah menyebabkan mereka terpaksa bergantung kepada senjata-senjata pihak Barat.

Ujar Peskov, “Ukraine mempunyai persenjataan yang sangat baik pada permulaan konflik. Sebagaimana yang dinyatakan Putin pada hari semalam, salah satu sasaran Rusia adalah mengurangkan keupayaan persenjataan Ukraine. Sasaran ini telah pun berjaya dicapai”.

Peskov dalam kenyataan yang sama mengatakan bahawa Ukraine kini telah beransur-ansur bertukar kepada senjata-senjata yang disediakan oleh negara-negara Barat terutamanya Amerika Syarikat (AS) dan negara-negara ahli NATO.

Jurucakap Kremlin itu turut menyatakan bahawa bantuan ketenteraan yang diberikan kepada Ukraine itu telah menyebabkan negara-negara Barat “menyertai konflik tersebut” dan membuatkan situasi di Eropah menjadi “lebih tegang dan tidak dapat dijangka”.

Menurutnya lagi, perkembangan ini telah menyebabkan Moscow lebih bersemangat dalam mengambil tindakan yang lebih kukuh dalam memastikan keselamatan warga Donbass serta keselamatan Rusia.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: