Tempatan

KPT Tanggung Bayaran Proses UPU Online

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 07 Februari 2022 – Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bersetuju untuk menanggung sepenuhnya bayaran proses UPUOnline/Unik ID kepada pemohon kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) bagi sesi akademik 2022/2023.

BACA: KP Kesihatan Sahkan Berlaku Kes Radang Jantung Selepas Vaksin

BACA: Kes Sejumlah Banduan Kajang Mati Lepas Dos Ketiga, PPIM Tuntut Penjelasan

BACA: Dos Penggalak Mungkin Bawa Penderitaan: “Istikharah Dahulu” – Mufti Perlis

Menurut Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira keadaan semasa pandemik COVID-19 yang masih belum berakhir.

“Kerajaan dan KPT khususnya amat prihatin akan kekangan dan kesan sekiranya pemohon diwajibkan membeli nombor pin Unik ID di Bank Simpanan Nasional untuk membuat permohonan UPUOnline,” kata beliau dalam satu kenyataan media.

Tambahnya, permohonan kemasukan telah dibuka dan akan ditutup pada 31 Mac ini.

“Permohonan kemasukan akan dibuka mulai 4 Februari 2022 sehingga 31 Mac 2022.”

“Sehubungan dengan itu, pemohon boleh melayari portal rasmi upu.mohe.gov.my bagi mendapatkan maklumat lanjut dan membuat permohonan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA).”

Justeru, KPT berharap agar keputusan ini dapat meringankan beban dan melancarkan urusan pemohon untuk melanjutkan pengajian seterusnya menjamin masa depan yang lebih cerah.

Ini merupakan kali kedua KPT membuat keputusan ini.

Sebelum ini, KPT turut bersetuju memberikan pengecualian bayaran proses UPUOnline/UNIK ID kepada semua pemohon bagi sesi akademik 2021/2022 yang lalu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: