Tempatan

Malaysia-Indonesia Perlu Bekerjasama Kuasai Industri Halal Global – Duta Indonesia

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 18 Januari 2023 – Malaysia dan Indonesia perlu lebih bekerjasama untuk bersama-sama menguasai ekosistem industri halal global, kata TYT Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Hermono.

Memetik kepada laporan berita Indonesia itu, Hermono mengatakan Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang menguasai kemajuan ekonomi halal boleh menjalinkan kerjasama lebih dengan Indonesia berikutan republik itu juga sedang fokus untuk melakukan pensijilan halal produk hingga 2024 ini.

“Inilah cabaran yang kita hadapi. Bagaimana Indonesia dan Malaysia sebagai negara Islam dapat memanfaatkan potensi yang sangat besar ini dengan cabaran yang sangat besar di masa depan,” kata Hermono dalam Malaysia – Indonesia Halal Forum and Industry Management 2023, semalam.

BACA JUGA: 500 Ribu Pekerja Asing Bakal Dibawa Masuk

BACA JUGA: Insuran Umrah Turun Mendadak Kepada RM100        

BACA JUGA: Persoal Teks Perlembagaan Persekutuan BM Yang Dilancarkan Agong, P.Ramasamy Ditegur

Jelasnya lagi, kerjasama yang dijalinkan bukan sahaja dalam industri makanan, tetapi turut merangkumi subsektor pelancongan mesra Muslim di mana Indonesia mempunyai sumber yang besar bagi tujuan ini.

Sementara itu, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perindustrian dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia, Datuk Seri Norazman bin Ayob turut menzahirkan harapan agar Malaysia dan Indonesia dapat menjalinkan hubungan yang baik demi ekosistem industri halal kedua negara ini.

Senada dengan Hermono, Norazman berkata terdapat banyak subsektor industri halal yang boleh digandingkan oleh Malaysia dan Indonesia selain daripada makanan dan minuman contohnya seperti kosmetik, farmaseutikal dan produk penjagaan diri.

“Indonesia adalah rakan dagang halal kelima terbesar Malaysia di mana eksport halal dari Malaysia ke Indonesia adalah sekitar 10 bilion ringgit dari 2017 hingga 2021,” ujar Norazman.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: