Tempatan

KPM Keluarkan Garis Panduan Baharu Aktiviti Luar Kelas

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 07 Jun 2023 – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membenarkan semula pelaksanaan aktiviti luar yang ditangguhkan sebelum ini susulan cuaca panas, dengan mengeluarkan satu garis panduan sesuai dengan cuaca semasa.

“Setelah meneliti situasi semasa, KPM membenarkan semula pelaksanaan aktiviti luar dengan memastikan penjagaan kebajikan kesihatan dan keselamatan murid, guru serta anggota kumpulan pelaksana semasa berhadapan dengan fenomena cuaca panas terjamin.”

BACA JUGA: Tragedi Batang Kali: Laporan Siap Hujung Bulan Ini

BACA JUGA: Gejala Seks Rambang Dikalangan Remaja Bawah Umur Membimbangkan-Pakar

BACA JUGA: Suami Wanita Tanggal Baju Kelab Komedi, Didenda RM16,000

KPM dalam kenyataannya mengingatkan semua institusi pendidikan bawah jagaannya yang melaksanakan aktiviti luar bilik darjah hendaklah mematuhi perkara seperti berikut:

1. Memastikan penyertaan murid adalah secara sukarela dan mendapat kebenaran ibu bapa atau penjaga.

2. Menerangkan kepada murid langkah pencegahan, simptom dan tindakan rawatan.

3. Menggalakkan murid memakai pakaian yang bersesuaian dan berwarna cerah.

4. Menyediakan kemudahan penyejukan seperti tempat berlindung (kanopi atau payung), ais atau tuala basah.

5. Memastikan murid minum air yang mencukupi sebelum, semasa dan selepas aktiviti dengan menyediakan bekalan air minuman yang mencukupi serta menggalakkan murid membawa air minuman sendiri.

6. Memantau aktiviti yang boleh mendedahkan murid kepada keadaan cuaca panas bagi memastikan kesihatan mereka tidak terjejas.

7. Membenarkan waktu rehat tambahan semasa aktiviti dan waktu pemulihan (cooling down) yang mencukupi.

8. Membuat penyesuaian tempoh, waktu mula dan waktu tamat acara/aktiviti berdasarkan perubahan cuaca persekitaran.

9. Merujuk kepada pihak klinik atau hospital berdekatan sekiranya berlaku sebarang kes dan komplikasi kepada murid akibat fenomena ini.

10. Melaporkan kes-kes berkaitan keselamatan dan kesihatan murid kepada ibu bapa atau penjaga dengan kadar segera.

11. Menangguhkan semua aktiviti luar yang sedang berlangsung sekiranya berlaku peningkatan suhu melebihi 35 darjah Celcius.

Terdahulu, KPM mengarahkan semua institusi pengajian di bawahnya supaya menangguhkan aktiviti luar membabitkan murid, guru dan pensyarah susulan fenomena cuaca panas.

Larangan itu termasuk merentas desa, kawad, sukan, permainan, perkhemahan serta aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) luar bilik darjah.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: