Tempatan

KPM Bangunkan Tiga Sistem Bantu Pengurusan Guru, Sekolah

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 12 Julai 2022 – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang membangunkan tiga sistem baharu secara atas talian bagi membantu pengurusan sekolah dan meringankan tugas guru.

Lapor Kosmo!, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, sistem tersebut melibatkan sistem penyusunan semula jadual pembelajaran, sistem pelaporan pembelajaran dan pengajaran (PdP) guru serta sistem pengurusan utiliti.

Ia merupakan kesinambungan bagi pendigitalan dalam pendidikan sekali gus menambah baik sistem pengurusan sedia ada, ujar beliau selepas merasmikan Anugerah Penggunaan Digital Dan Teknologi (DUTA) 2021 di Bukit Kiara baru-baru ini.

Katanya, KPM akan menyusun semua maklumat berkaitan dengan penggunaan utiliti di sekolah bagi memantau sebarang penggunaan yang tidak sepatutnya.

“Apabila saya turun ke sekolah, kita dapati banyak pembaziran air khususnya dalam kawasan sekolah. Sebagai pentadbir sekolah, mereka perlu cakna kerana bil ini dibayar secara pukal.”

Beliau turut memaklumkan bahawa perkara yang sama akan dilaksanakan bagi sistem penjadualan dan sistem pelaporan PdP yang dikatakan membebani para guru.

“Kita akan bangunkan sistem yang lebih menyeluruh agar semua sekolah seluruh negara boleh buat jadual waktu menggunakan aplikasi tersebut. Dan untuk pelaporan PdP juga, kita akan selaraskan bagi mengelakkan para guru terus dibebani,” jelas beliau.

Tambah Radzi, bagi sistem pengurusan utiliti, perbincangan meneliti sistem tersebut sudah berada di peringkat akhir kementerian, manakala sistem penjadualan dan pelaporan PdP masih di peringkat awal.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: