NGO Gesa SPRM Siasat Majlis Perbandaran Klang
KLANG, 10 April 2023 – Pertubuhan Kebajikan Amal Sejagat Malaysia (Amal Sejagat) menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat secara keseluruhan Majlis Perbandaran Klang (MPK) termasuk semua pegawai penguat kuasa yang ‘memejamkan mata’ membiarkan warga asing berleluasa selama ini.
Ia susulan keputusan yang dibuat Yang Dipertua MPK, Noraini Roslan untuk membiarkan lagi enam bulan peniaga-peniaga warga asing berniaga di Pasar Besar Klang, setelah melakukan pemeriksaan di Kompleks Pasar Besar Jalan Meru, pada Jumaat lalu.
BACA JUGA: Guna Gelaran Dato’ Sri Negeri Pahang Tidak Diiktiraf, Dua Lelaki Ditangkap
BACA JUGA: Kuasa SPRM Terhad Kepada Siasat Kew Korupsi Bukan Kod Etika Hakim
BACA JUGA: Serangan Masjidil Aqsa, Dunia Usah Berdiam Diri – NGO
Menurut pertubuhan itu, keputusan itu jelas menunjukkan bahawa MPK secara langsung berkompromi dan ada kepentingan peribadi memberikan peluang kepada warga asing yang bertapak di Pasar Besar Klang.
“Perkara ini tidak seharusnya berlaku malah mengaibkan seluruh anggota penguatkuasa yang boleh disifatkan sebagai lemah, penakut dan menimbulkan syak wasangka kerana masih berlembut dalam menegakkan undang-undang yang melibatkan kedaulatan negara,” kata pertubuhan itu dalam satu kenyataan.
Tegasnya, pihak berkuasa termasuk Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) sepatutnya melakukan operasi kepada semua pasar-pasar dalam Malaysia secara mengejut dan menahan semua warga asing dan semestinya pendatang asing tanpa izin (PATI) yang dilihat bermaharajalela di semua pasar-pasar besar.
Terdahulu, Yang Dipertua MPK, Noraini Roslan mengeluarkan kenyataan untuk memberi tempoh kepada peniaga-peniaga warga asing yang berniaga di situ untuk menghentikan operasi mereka.
Keputusan itu dibuatnya selepas melihat kebanjiran warga asing yang menguasai lokasi itu sehingga ada yang dilihat bergelar diri mereka sebagai ‘tauke’.
Namun keputusan itu ternyata menimbulkan ketidakpuasan hati segelintir rakyat Malaysia kerana dilihat tidak adil buat rakyat sendiri.
Mbkl ke apa pun majlis semua kuat makan rasuah.pendatng asing bayar lebih boleh je niaga,orang nelayu kau sapu semua kerusi meja angkut.celaka puak2 pemakan rasuah!
— Long cokeng (@Hafizpuat1) April 9, 2023