Tempatan

KP Kesihatan Sahkan 65% Pesakit COVID-19 Sudah Lengkap Vaksinasi

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 06 April 2022 – Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mendedahkan 65.17% daripada pesakit COVID-19 pada kategori 3,4 dan 5 yang dilaporkan pada 4 April 2022 adalah terdiri daripada mereka yang sudah pun lengkap vaksinasi.

BACA: KP Kesihatan Sahkan Berlaku Kes Radang Jantung Selepas Vaksin

BACA: KKM Sahkan Ribuan Kes Kesan Mudarat Serius Vaksinasi

BACA: Jangkitan Covid-19 Israel Mencanak Naik 9,893% Selepas Dos Penggalak

Menurut kenyataan media itu, 38.2% daripada kes kategori 3, 4 dan 5 itu terdiri daripada mereka yang telah menerima dua dos vaksin tetapi belum menerima dos penggalak (booster), dan 26.97% daripada itu terdiri daripada mereka yang telah pun menerima booster.

Sebelum ini, Ketua Pengarah Kesihatan ini juga pernah mendedahkan 21% kematian ibu hamil akibat komplikasi jangkitan COVID-19 adalah dari kalangan mereka yang menerima vaksin. Jumlah tersebut dicatatkan dari 191 kes kematian ibu hamil sepertimana yang dilaporkan untuk 2021.

Selain itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pernah melaporkan akan potensi hubungan antara vaksin COVID-19 yang menggunakan teknologi mRNA dan miokarditis.

Miokarditis adalah penyakit yang jarang dijumpai yang boleh mengakibatkan sebahagian penghidap mengalami sakit dada yang biasanya memerlukan oksigen tambahan dan rawatan ubat antiradang.

Kes di Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mendedahkan 56% dari kes radang otot jantung yang dikesan adalah berkaitan dengan Vaksin Pfizer, 36% adalah berkaitan dengan Sinovac manakala 8% lagi adalah membabitkan AstraZeneca.

Menurut beliau lagi, terdapat sekurang-kurangnya 25 kejadian kes radang otot jantung atau miokarditis dikesan dalam tempoh 3 minggu setelah menerima vaksinasi COVID-19.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: