Tempatan

Pesta Buih Malam Jumaat Digagalkan JAINJ

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JOHOR BAHRU, 15 Disember 2022 – Rancangan mengadakan aktiviti pesta buih di kolam renang sebuah hotel mewah, Johor Bahru pada malam Jumaat ini telah berjaya digagalkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ).

Exco Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khalid memaklumkan, JAINJ menerima maklumat daripada orang awam susulan penularan jemputan secara tertutup berkenaan pesta tersebut di media sosial.

“Selepas menerima aduan tersebut, JAINJ terus menghubungi penganjur dan pemilik hotel terbabit. Hasil perbincangan mereka bersetuju membatalkan pesta itu,” ujarnya.

Mewakili pandangan pihak JAINJ, beliau memberitahu bahawa pesta buih itu tidak sepatutnya dianjurkan dan diadakan di negeri tersebut kerana ia melanggar Enakmen Jenayah Syariah Johor selain mengundang ketidakselesaan masyarakat.

“Bahkan yang cukup merisaukan adalah membabitkan orang Islam kerana dikhuatiri berlaku pergaulan bebas dan perlakuan tidak sopan,” katanya.

Tambanya lagi, JAINJ bertegas untuk tidak membenarkan pesta buih tersebut dijalankan dan akan terus memantau di hotel mewah berkenaan serta lokasi lain bagi memastikan pesta itu tidak diteruskan secara bersembunyi.

“Johor bukan tempatnya, amaran sudah diberi dan penguat kuasa akan bertindak jika penganjur atau mana-mana lokasi meneruskan pesta buih itu.”

Pencegahan terhadap program maksiat bukan dilakukan secara bermusim tetapi akan diteruskan sepanjang masa,” katanya.

Oleh disebabkan kadang-kala penguat kuasa juga terlepas pandang dan tiada maklumat mengenai program sebegitu, orang awam digalakkan untuk terus membuat aduan kepada JAINJ di talian yang dinyatakan di laman web; 1-800-88-3072, Bahagian Penguatkuasaan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: