Tempatan

Ambil Langkah Proaktif Kekang LGBT – PAS Selangor

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SELANGOR, 25 Mac 2023 – Pihak Kerajaan digesa untuk mengambil tindakan lebih proaktif bagi mengekang budaya LGBT, kata Pesuruhjaya Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor, Dato’ Dr. Ahmad Yunus Bin Hairi.

BACA JUGA: ‘Buka Puasa Di Gereja’: Mantan Menteri Kongsi Video, Mahu Malaysia Belajar

BACA JUGA: Kerajaan Kaji Penyelesaian Beban Para Guru

BACA JUGA: Berhenti Eksploitasi Orang Asli-Titah Sultan Johor

Beliau berkata sedemikian bagi merujuk kepada sebuah program berkait LGBT di sebuah premis kelab malam di ibu negara, baru-baru ini.

Jelas beliau, usaha bagi mengekang LGBT ini juga perlu diikuti dengan penglibatan daripada semua pihak termasuklah wakil agama untuk turut sama membendung penularan budaya LGBT ini daripada terus merosakkan budaya, nilai dan idealisme generasi muda demi membina Negeri Selangor yang lebih bersih dan sejahtera menerusi tanda pagar #menoktahkanLGBTtiadaHIV.

Terdahulu, Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari menyeru orang ramai untuk menyuarakan bantahan terhadap program ‘Thai Hot Guy’ yang bakal dianjurkan pada 30 Mac 2023 akan datang.

Menurutnya, program seumpama itu tidak sepatutnya diberikan kebenaran untuk beroperasi dan ditambah pula di bulan Ramadan yang mulia ini.

Program tersebut dibatalkan selepas mendapat amaran keras daripada pihak polis serta bantahan daripada ramai pihak.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: