NGO

Kes YB Maria Chin: Jangan Jadikan Penghinaan Dan Fitnah Terhadap Mahkamah Syariah Satu ‘Norma Baharu’

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

1.Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) merujuk kepada perkembangan kes ahli parlimen Petaling Jaya YB Maria Chin yang telah disabitkan atas penghinaan dan fitnah beliau terhadap mahkamah syariah sebagaimana telah dilaporkan oleh media-media arus perdana baru-baru ini.

2. PEMBELA menegaskan apa jua bentuk penghinaan dan fitnah terhadap mahkamah syariah yang ingin menjatuhkan kredibiliti dan menghakis kepercayaan rakyat adalah suatu ancaman terhadap kedaulatan agama Islam sekaligus menderhaka terhadap Raja-Raja Melayu dan Yang Dipertuan Agung selaku Ketua Agama di peringkat negeri dan persekutuan.

3. Dapatan oleh mahkamah syariah bahawa YB Maria Chin telah sabit melakukan penghinaan kepada mahkamah syariah memberi isyarat ahli legislatif perlu lebih berhati-hati dalam tindakan mereka dan tidak sewenang-wenangnya menggunakan kedudukan mereka tanpa mengira sensitiviti. PEMBELA mengalu-alukan ketegasan mahkamah syariah dalam pensabitan tersebut.

4. PEMBELA melahirkan rasa kesal dan marah terhadap tindakan YB Maria Chin selaku seorang wakil rakyat yang telah menjadi contoh buruk dan mampu mendorong kelompok-kelompok tertentu untuk terus rakus memperlekeh perundangan syariah di Malaysia yang pada muktakhir ini semakin menjadi-jadi.

5. Di kesempatan ini juga, PEMBELA ingin menegaskan semula agar mahkamah syariah diangkat ke kedudukan yang lebih tinggi agar penghinaan-penghinaan sebegini dapat dibendung dengan lebih efektif selain memperkasakan sistem perundangan syariah di Malaysia.

6. Mahkamah syariah hendaklah tegas memberi penghakiman tanpa campur tangan pihak luar ataupun dalaman mereka sendiri. Mahkamah syariah juga tidak seharusnya diberi tekanan oleh mana-mana pihak di dalam membuat keputusan yang adil.

7. Sehubungan dengan itu, PEMBELA mempersoalkan status usaha pemerkasaan mahkamah syariah melalui RUU355 yang telah dipandang sepi walaupun telah dijanji oleh mereka yang kini memegang tampuk kuasa.

8. Akhir sekali, PEMBELA ingin mengajak rakyat Malaysia agar sensitif dan cakna terhadap isu-isu semasa terutamanya yang menggugat maruah dan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.

Wallahu’alam.

Aminuddin Yahaya
Pengerusi PEMBELA
26 April 2022

Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan Samudera.my

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: