Antarabangsa

Israel Sibuk Perang, Anak Netanyahu ‘Healing’ Di Pantai Miami

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

YAFFA, 25 Oktober 2023 – Tentera Rejim Israel meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap anak Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu, yang meninggalkan negaranya dan berkunjung ke Miami di Amerika Syarikat (AS) pada masa tentera Israel sedang bersiap sedia untuk serangan darat ke Semenanjung Gaza.

Yair sedang menikmati hidupnya di pantai Miami manakala saya di barisan hadapan, mengadu seorang askar sukarelawan yang berhadapan dengan Hizbullah di sempadan dengan Lubnan kepada akhbar Britain dan meminta namanya dirahsiakan atas sebab keselamatan.

Seorang lagi askar, yang menawarkan diri dan sedang bersiap sedia untuk dikerahkan ke hadapan menentang Hamas, berkata dia terbang pulang dari AS dan meninggalkan pekerjaan, kehidupan dan keluarganya. Tetapi, anak lelaki Netanyahu, Yair menghabiskan percutiannya di salah satu pantai yang paling indah di bandar Miami.

Ia adalah detik paling penting untuk menyatukan kami sebagai warga Israel dalam lipatan sejarah baru ini dan setiap seorang daripada kami harus berada di sini sekarang, termasuk anak perdana menteri, tambahnya lagi.

Semua warga Israel tertakluk kepada perkhidmatan ketenteraan wajib dan panggilan simpanan sehingga umur 40 tahun. Bagaimanapun Yair Netanyahu yang berumur 32 tahun, perkhidmatannya dalam Pasukan Pertahanan Israel (IDF) adalah hanya sebagai jurucakap, bukan askar tempur.

Anak lelaki perdana menteri itu berpindah ke AS awal tahun ini, selepas membuat catatan media sosial yang mengkritik rakyat Israel yang membantah reformasi kehakiman bapanya sebagai pengganas dan menuduh AS membiayai kemelut itu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: