Antarabangsa

Penyokong Zionis Tegar, Liz Truss, Letak Jawatan PM Britain

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

LONDON, 21 Oktober 2022 – Pernah menyatakan bahawa dirinya penyokong tegar Zionis, Lizz Truss akhirnya meletak jawatan sebagai Perdana Menteri Britain selepas enam minggu berkhidmat, lapor sebuah portal berita tempatan.

Beliau menyatakan perletakan jawatannya adalah disebabkan beliau tidak dapat menunaikan janji-janji yang dikatakan sewaktu bertanding sebagai pemimpin Konservatif sekali gus membuatkan ahli partinya hilang kepercayaan terhadap beliau.

“Namun, saya akui, memandangkan situasi itu, saya tidak dapat menyampaikan mandat di mana saya dipilih oleh Parti Konservatif. Oleh itu, saya telah bercakap dengan Raja Charles III untuk memberitahunya bahawa saya meletakkan jawatan sebagai Ketua Parti Konservatif,” katanya.

Lizz Truss meletakkan jawatan selepas gagal dalam bajet pemotongan cukai yang membawa kepada perbalahan dalam partinya sendiri.

Sebelum ini, samudera.my pernah melaporkan bahawa Truss mengakui bahawa beliau merupakan zionis tegar dan penyokong besar Israel menerusi sebuah hantaran video di laman sosial Twitter awal bulan ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: