Tempatan

Kos Kerja Haji Cecah RM31,000, Inflasi Global Penyebab

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 16 Januari 2023 – Kos menunaikan ibadah haji meningkat kepada RM31,000 berikutan inflasi ekonomi global yang melanda ketika ini.

Pengarah Eksekutif Tabung Haji (TH), Haji Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, faktor utama kenaikan harga adalah inflasi dalam ekonomi global, cukai, harga hartanah di kedua-dua tanah suci Mekah dan Madinah serta kadar pertukaran mata wang.

Selain itu, ujarnya, “Kenaikan ini juga disebabkan caj tambahan melibatkan kemudahan sedia ada dan baharu seperti khemah di Arafah dan Mina, mutawif dan penggunaan bas yang lebih baik di Arab Saudi.”

Beliau bagaimanapun memberi jaminan kepada umat Islam Malaysia bahawa TH akan terus memberi subsidi untuk kos haji pertama mereka, namun bagi yang menunaikan haji kali kedua atau lebih, perlu membuat pembayaran penuh.

BACA JUGA: Pesawat Nepal Terhempas, Terburuk Sejak 3 Dekad

BACA JUGA: Calon Gabenar Demokrat Mahu ‘Penjenayah Perang’ Biden Didakwa

BACA JUGA: Kehakiman Mesti Buka Proses Pelantikan, Elak Kroni Ketua Hakim – Lukman Sheriff

Mengulas mengenai musim haji tahun lalu, Syed Saleh berkata, jemaah haji B40 perlu membayar RM10,980 (30% daripada jumlah kos), manakala jemaah yang lain perlu membayar RM12,980 (45% daripada jumlah kos) untuk menyempurnakan ibadah haji mereka.

Tambah beliau, sebagai inisiatif menangani kesan kenaikan harga ibadah haji, TH telah menandatangani perjanjian jangka panjang dengan syarikat penerbangan dan turut menyewa bangunan penginapan untuk jemaah haji di Mekah dan Madinah selama beberapa musim dalam usaha untuk mengekalkan harga sewa.

Samudera.my sebelum ini melaporkan Kerajaan Arab Saudi meluluskan 31,600 orang kuota jemaah haji Malaysia untuk tahun 1444H/2023M.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: