Tempatan

Kos Ibadah Korban Di Tanah Suci Meningkat

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 02 Jun 2023 – Pengarah Operasi Kewangan Tabung Haji (TH), Shamsul Bahar Shamsudin memaklumkan bahawa bayaran untuk menunaikan ibadah korban di Tanah Suci bagi musim haji kali ini dilaporkan meningkat sehingga RM90 atau 73 riyal.

“Sebagai contoh, bayaran bagi seekor kibas ditetapkan pada kadar RM900 (733 riyal) berbanding RM810 (660 riyal) pada tahun lepas iaitu meningkat RM90,” ujarnya.

BACA JUGA: Isu Air: Kelantan, Sabah, Sedia Kerjasama Dengan Kerajaan Pusat

BACA JUGA: Johor Sasar 8,000 Orang Awam Khatam Al-Quran Setahun

BACA JUGA: Kajian Akademik & Sejarah Menunjukkan Pulau Pinang Hak Milik Kedah

Tambahnya, TH menjangkakan menerima sehingga 10,000 penyertaan korban di Tanah Suci daripada jemaah haji dan orang ramai yang hanya dilakukan pada hari tasyriq ketika sambutan Aidiladha.

“TH akan mengadakan lawatan ke pusat penyembelihan di Mina lebih awal sebelum hari tasyriq dan bekalan haiwan diperoleh dari merata tempat. Bekalan dijamin mencukupi.”

“Selain itu, jemaah haji boleh membayar dam sekiranya melakukan haji tamatuk dan qiran menggunakan Thijari. Kadar dam ditetapkan RM725 (591 riyal) untuk seekor kibas,” kata beliau.

Shamsul turut menyatakan, korban dilakukan dengan kerjasama Islamic Development Bank Arab Saudi di mana mereka mengaturkan proses sembelihan dan agihan daging di 25 buah negara lain seperti Jordan, Palestin, Syria, Iraq, Bangladesh, Senegal dan Azerbaijan.

Untuk makluman, TH menggunakan pembayaran menerusi Thijari seiring dengan teknologi selain memenuhi peraturan Arab Saudi manakala ambilan tunai hanya boleh dilakukan di kaunter di Malaysia.

Penyertaan korban di Mekah daripada kalangan jemaah haji telah dibuka sejak pertengahan Mei dan akan ditutup pada 24 Jun ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: