Kos Ibadah Haji Bagi Jemaah Antarabangsa Dikurangkan 39 Peratus – Menteri Haji Arab Saudi
ARAB SAUDI, 24 Jun 2023 – Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Tawfiq Al-Rabiah telah mengeluarkan kenyataan pada Khamis lalu bahawa kos ibadah haji bagi jemaah antarabangsa telah berkurangan sebanyak 39 peratus.
Dalam kenyataan yang sama, Tawfiq turut mengatakan mengenai keseluruhan 37 badan agensi kerajaan yang akan menyediakan perkhidmatan bagi jemaah bagi ibadah haji tahun ini.
BACA JUGA: 8 Empangan Seluruh Negara Berada Di Paras Amaran
BACA JUGA: Ingkar ‘Bond’ Parti, Mahkamah Arah Mantan Naib Presiden PKR Bayar RM10 Juta
BACA JUGA: Rider Digantung Tegur 2 Warga Singapura ‘Borong Minyak’, Siasat Semua Terlibat! – CIJ
Ujarnya lagi, jumlah jemaah haji kini telah kembali pada kadar sebagaimana sebelum berlakunya pandemik.
Sebelum berlakunya pandemik COVID-19, sekitar 2.6 juta orang jemaah terlibat dalam ibadah haji pada setiap tahun.
Dalam perkembangan lain, Bulan Sabit Merah Arab Saudi turut menyatakan bahawa pihak mereka telah menyediakan lapan buah helikopter dari model AgustaWestland AW 139 bagi tujuan perkhidmatan kecemasan di tanah haram sepanjang musim haji tahun ini.
Kesemua helikopter tersebut telah dilengkapi dengan alat-alat perubatan serta para petugas kesihatan yang bertauliah dalam memastikan tempoh tindak balas yang diambil sewaktu kecemasan adalah 7 minit.