Antarabangsa

Kos Bersara Rakyat Malaysia Lebih RM1 Juta

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AMSTERDAM, 07 Januari 2024 – Kos persaraan di Malaysia dianggarkan mencecah lebih RM1 juta iaitu sebanyak RM1,007,180, menurut syarikat pengurusan insuran, pencen dan aset, Aegon.

Kajian yang dilakukan syarikat Belanda itu telah menyenaraikan kos yang diperlukan untuk bersara di pelbagai negara seluruh dunia berdasarkan analisis data kos sara hidup daripada laman Numbeo.

Dilaporkan, negara paling mahal untuk bersara adalah Singapura di mana seseorang individu memerlukan sekitar RM4.19 juta untuk hidup selesa.

Antara negara lain yang mempunyai kos persaraan tinggi termasuk Emiriah Arab Bersatu, Switzerland, Amerika Syarikat, Luxembourg, Denmark dan Kanada.

Sementara itu, bagi kos persaraan paling rendah dan murah di dunia adalah Pakistan (RM553,536), manakala India dan Colombia pula kurang dari RM698,865.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: