Tempatan

KPKT Perkenal Garis Panduan Pelihara 9 Bandar Diraja Malaysia

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 07 Julai 2023 – Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) hari ini memperkenalkan satu garis panduan bagi memelihara sembilan Bandar Diraja sebagai simbol kedaulatan negara.

Menterinya, Nga Kor Ming berkata Garis Panduan Perancangan dan Pembangunan Bandar Diraja (GPP) terpakai di sembilan Bandar Diraja iaitu Bandar Diraja Pekan, Pahang; Bandar Diraja Kuala Terengganu, Terengganu; Bandar D’Raja Al-Muhammadi Kubang Kerian, Kelantan; Bandar Maharani Bandar Diraja Muar, Johor; Bandar Diraja Seri Menanti, Negeri Sembilan; Bandar Diraja Klang, Selangor; Bandar Diraja Kuala Kangsar, Perak; Bandar Diraja Anak Bukit, Kedah dan Bandar Diraja Arau, Perlis.

Ujar beliau, “Bandar Diraja menyimpan budaya dan peradaban kesultanan Raja-Raja Melayu yang merupakan aset warisan bangsa yang perlu dipelihara untuk generasi akan datang.”

BACA JUGA: Malaysia Kritik Sikap Pilih Kasih Barat Lindungi Rejim Israel

BACA JUGA: Perlis Pasang Solar, Kurangkan Pelepasan Karbon

BACA JUGA: Tragedi Banjir Taman Sri Muda: MBSA & KDEB Gagal Batal Saman Penduduk

Justeru, pelaksanaan GPP ini dapat memastikan nilai warisan bangsa dipelihara dengan menjadikan bandar tersebut sebagai warisan sejarah dan simbol kedaulatan negara.

Sementara itu, katanya, GPP menggariskan kawalan intensiti pembangunan di kawasan Bandar Diraja, penyediaan komponen utama dan unsur sokongan seperti Galeri, Muzium, Dataran dan Arca Diraja serta aspek seni bina bangunan dan landskap bagi meningkatkan imej dan potensi bandar berkenaan.

“Garis panduan yang disediakan ini secara tidak langsung memartabatkan institusi raja di negara ini,” tambah beliau.

Kor Ming turut memaklumkan bahawa garis panduan itu akan dibentangkan dalam mesyuarat Menteri Besar, Ketua Menteri dan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-262 minggu hadapan.

Menurutnya, “Minggu ini apabila saya menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, dimaklumkan memang inilah satu pencapaian yang boleh dibanggakan.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: