Korea Utara Dijangka Buka Sempadan Kepada Pelancong Luar Disember Ini
SEOUL, 18 Ogos 2024 – Korea Utara dijangka membuka sempadan sepenuhnya kepada pelancong luar negara pada Disember ini.
Memetik laporan, sempadan negara tersebut akan dibuka bermula dari timur laut Samjiyon dan diikuti seluruh negara selepas bertahun-tahun negara itu dikawal ketat akibat penyebaran virus Covid-19.
“Kami telah menerima pengesahan daripada rakan kongsi tempatan kami bahawa pelancongan ke Samjiyon dan kemungkinan seluruh negara akan disambung semula secara rasmi pada Disember 2024,” ujar Koryo Tours.
Tambah firma itu, rakan kongsi mereka juga akan mengesahkan jadual dan tarikh perjalanan dalam beberapa minggu akan datang.
Terdahulu, dilaporkan, Korea Utara belum membuka sepenuhnya sempadan negara tersebut sejak 2020 akibat penularan wabak Covid-19 di serata dunia.