Tempatan

Kontroversi Treler “Pulau”: Masyarakat Perlu Penapisan Kendiri – Pensyarah

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PETALING JAYA, 20 Januari 2023 – Masyarakat memerlukan penapisan kendiri berhubung isu filem kontroversi “Pulau” yang menjadi buah mulut orang ramai baru-baru ini.

Kata Pensyarah Bahasa Moden dan Komunikasi, Hani Salwah Yaakup, babak yang didakwa panas di dalam filem tersebut dilakonkan oleh orang bukan Islam dan orang bukan Islam tidak boleh dihalang untuk berkarya.

“Jadi yang kita boleh lakukan adalah kita membuat self-censorship,” kata beliau.

Mengulas lanjut, filem itu juga diklasifikasikan di bawah klasifikasi PG 13 di mana pengawasan dan bimbingan daripada ibu bapa serta penjaga diperlukan buat penonton yang berumur bawah 13 tahun dan ia bukanlah diklasifikasi sebagai tontonan umum.

BACA JUGA: Dasar Kebudayaan Kebangsaan, Kerajaan Tidak Bersungguh?

BACA JUGA: Saudi Had Penggunaan Pembesar Suara Luar Masjid

BACA JUGA: Isu Bekalan Telur Ayam Selesai Dua Bulan Lagi

Katanya lagi, pihak Lembaga Penapisan Filem (LPF) juga telah menjalankan tanggungjawabnya untuk mengawal penerbitan filem di Malaysia.

Dalam pada itu, kata Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM), pihak LPF tidak perlu mengkaji semula filem tersebut kerana dakwanya filem itu tiada paparan adegan panas mahupun lucah.

Berbeza pula dengan pandangan daripada Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil yang mendakwa trailer filem tersebut tidak sesuai untuk ditonton dan beliau telah pun mendapatkan pihak Golden Screen Cinemas (GSC) berhubung penarikan semula trailer filem tersebut.

Filem “Pulau” yang dijadual ditayangkan pada 9 Mac ini mendapat kritikan baru-baru ini berikutan dakwaan terdapatnya babak yang kurang sesuai untuk dijadikan tontonan awam.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: