Tempatan

Kontroversi Lif ‘Non Halal’: Hotel Perjelas SOP Keperluan Pensijilan Halal JAKIM

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PETALING JAYA, 05 Oktober 2022 – Sheraton Four Points Chinatown menjelaskan bahawa pengasingan lif ‘non-halal’ merupakan sebahagian daripada keperluan pensijilan halal yang ditetapkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

“Pengasingan halal dan tidak halal berkaitan dengan pergerakan barang dan bahan mentah merupakan sebahagian daripada keperluan pensijilan halal untuk operasi belakang rumah (back-of house) hotel seperti lif perkhidmatan. Kami baru-baru ini telah membetulkan semula penanda arah kami untuk pemahaman yang lebih jelas,” kongsi hotel tersebut di media sosialnya.

Menurutnya lagi, lif ‘non-halal’ hanya digunakan untuk bahagian belakang premisnya dan tidak menjejaskan keselesaan tetamu yang menginap di premis hotel mereka.

Sebelum ini, tindakan hotel berkenaan dalam dalam menyediakan sebuah lif untuk pergerakan barangan tidak halal telah mencetuskan kecaman dikalangan wargamaya.

Hakikatnya ramai yang masih belum jelas akan SOP keperluan pensijilan halal yang telah dikuatkuasakan JAKIM.

Berdasarkan Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (Semakan Ketiga) 2014, takrif halal mengikut Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011 dan Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) (Pindaan) 2012 adalah apabila suatu makanan atau barang-barang tidak disediakan, diproses atau di kilang menggunakan apa-apa peralatan yang dicemari najis mengikut Hukum Syarak dan Fatwa.

Bukan itu sahaja, sewaktu menyediakan, memproses atau menyimpannya, makanan atau barang-barang yang halal tidaklah bersentuhan, bercampur atau berdekatan dengan apa-apa makanan yang dilarang oleh Hukum Syarak.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: