Tempatan

Kontroversi Kategori Thayyib Dalam Borang Nikah Dikecam Netizen

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SELANGOR, 03 Oktober 2022 – Borang Permohonan Kebenaran Berkahwin di bawah Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia menjadi isu hangat yang dibincangkan para netizen serta mendapat kecaman selepas tular di media sosial Twitter mengenai status diri yang perlu diisi mana-mana wanita yang ingin berkahwin sama ada dara, janda, balu, thayyib atau bersuami.

Seorang pengguna laman sosial Twitter, @syamimiamirahs  membuat satu hantaran dan berkongsi erti perkataan ‘thayyib’ yang membawa maksud; seorang wanita yang telah melakukan hubungan seksual, susulan soalan yang diajukan seseorang melalui aplikasi ‘NGL’ yang dikongsikan di Instagram.

“Hi Mimi. Tolong tanya followers awak. Saya perempuan. Tak pernah kahwin tapi saya sudah tiada dara. Saya pernah nampak borang nikah ada beberapa kategori seperti dara, janda, janda berhias, dan thayyib. Umumnya, saya thayyib tapi kalau saya tanda sahaja anak dara salah ke? Ada mana-mana followers awak yang tahu.”

@drnotak meninggalkan komen dengan mempersoalkan; “Borang bakal suami pun ada pilihan ke macam ni? Serius kenapa nak dibeza kategorikan macam ni untuk wanita? Majlis agama jadi tempat membantu lelaki mengetahui status sebenar bakal isteri?”

@soultz, turut memberi pandangannya dengan berkata; “Kalau thayyib pun pilih saja anak dara. Tutup aib. Dalam agama ada perkara yang lebih diberi keutamaan jika dibuka dan dikongsikan dikhuatiri akan akibatkan perkara yang lebih teruk jadi tutup saja aib tersebut dan teruskan hidup.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: