Tempatan

Konsert Berterusan Dibimbangi Mengundang Masalah Sosial Lebih Buruk – Menteri Agama

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 28 Ogos 2022 – YB Senator Datuk Ustaz Hj Idris Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mengatakan bahawa acara seperti konsert-konsert hiburan perlu dikurangkan kerana dibimbangi bakal mengundang masalah sosial yang lebih buruk.

Penganjuran konsert yang berterusan sejak akhir-akhir ini tidak seharusnya berlaku ketika negara baru sahaja beralih ke fasa peralihan endemik COVID-19, ujar beliau lagi seperti dilaporkan portal tempatan.

“Kita bukan anti hiburan, jangan sebut kata kita anti hiburan,” tambah Datuk Ustaz Hj Idris Ahmad yang turut memanjatkan kesyukuran apabila negara kini tidak lagi berada dalam pandemik COVID-19.

“Kita kena tengoklah semua ini Allah SWT punya kuasa dan sekarang ini, Alhamdulillah Allah SWT tarik pandemik balik hasil dari keberkatan macam ini, ada sekolah-sekolah agama, ada orang masjid,” kata Datuk Ustaz Hj Idris Ahmad.

Baru-baru ini, Pemuda PAS Malaysia dalam satu kenyataan di Facebook, menggesa Kerajaan supaya membatalkan konsert hedonisme yang tidak bersesuaian dengan norma-norma dan nilai hidup umat Islam di Malaysia atau satu bantahan besar-besaran akan diadakan oleh pihaknya.

Batalkan Konsert Hedonisme Melampau Atau Terima Bantahan Besar-Besaran- Pemuda PAS

Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ahmad Fadhli Shaari berkata, konsert-konsert artis antarabangsa telah diadakan pada waktu yang tidak sesuai ditambah dengan nilai yang dibawa sememangnya tidak bersesuaian dan bertentangan dengan Islam sebagai Agama Persekutuan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: