Antarabangsa

Australia Rugi 3 Juta Hari Bekerja

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SYDNEY, 28 Ogos 2022 – Ekonomi Australia mengalami kerugian sebanyak tiga juta hari bekerja tahun ini disebabkan oleh Long Covid.

Menurut Bendahari kerajaan Australia, Jim Chalmers, COVID-19 menghancurkan pasaran tenaga buruh Australia dan kini ditingkatkan oleh Long Covid.

“Beribu-ribu hari kerja hilang akibat Long Covid hanyalah sebahagian daripada gambaran kompleks dan apa yang bakal kita semua hadapi.”

Laporan kerajaan negara itu juga mendapati, sebanyak 31,000 warga Australia tidak bekerja setiap hari kerana mengalami lemah badan.

“Kira-kira 12 peratus daripada semua ketidakhadiran kerja berkaitan COVID-19,” tambah laporan tersebut

Antara simptom Long Covid ialah keletihan, kabus otak (brain fog), sesak nafas, batuk, sakit sendi atau otot dan beberapa gejala yang menjadi teruk selepas aktiviti fizikal.

Menurut Profesor Dr Moy Foong Ming, Pensyarah Fakulti Perubatan Universiti Malaya, wanita didapati 58% lebih terdedah pada gejala ‘long COVID’ atau simptom pasca COVID-19 berbanding lelaki.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: