Antarabangsa

Kongres Rayu Arahan Kerajaan Untuk Pelajar Islam Sertai Sembah Matahari

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

MADHYA PRADESH, 04 Februari 2022 – Arif Masood, Ahli Kongres bandar Bhopal membuat rayuan di Mahkamah Tinggi Madhya Pradesh menentang program ‘Surya Namaskar‘ anjuran kerajaan di semua institusi pendidikan awam bermula dari 1 Januari sehingga 7 Februari bersempena ulang tahun ke-75 India.

Namun begitu, mahkamah hanya akan mendengar rayuan beliau itu pada 8 Februari 2022, sehari selepas berakhirnya upacara yang mahu beliau hentikan itu.

BACA: KP Kesihatan Sahkan Berlaku Kes Radang Jantung Selepas Vaksin

BACA: Kes Sejumlah Banduan Kajang Mati Lepas Dos Ketiga, PPIM Tuntut Penjelasan

BACA: Dos Penggalak Mungkin Bawa Penderitaan: “Istikharah Dahulu” – Mufti Perlis

Petisyen bantahan beliau menegaskan, arahan Suruhanjaya Geran Universiti kepada semua institusi pengajian awam dan kolej separa awam untuk menyertai program Surya Namaskar adalah bertentangan dengan prinsip agama Islam dan juga Perlembagaan Negara India.

Surya Namaskar adalah dikira sebagai ibadah menyembah Matahari. Menyembah Matahari adalah bertentangan dengan Islam. Perlembagaan Negara juga tidak membenarkan kita untuk memaksa amalan agama tertentu dalam institusi pendidikan awam atau mengaturkan perayaan-perayaan yang berkaitan dengan kepercayaan pihak tertentu.”

Petisyen itu menegaskan bahawa penyembahan Matahari sebagai Dewa adalah tidak dibenarkan oleh Islam, oleh itu kerajaan perlu menarik balik arahan tersebut.

“Pekeliling itu adalah mencabul hak untuk kebebasan, kebebasan beragama seorang individu di India sebagai negara sekular bermakna seseorang tidak boleh dibenarkan untuk memaksa perkara-perkara tersebut ke atas sesiapa pun tanpa kehendak atau kebenaran mereka.”

Senada dengan Arif Masood, pertubuhan bukan kerajaan, All India Muslim Personal Law Board (AIMPLB) juga bertegas menentang arahan kerajaan kepada semua institusi pengajian awam melakukan penyembahan Matahari itu bersama-sama.

AIMPLB menyeru para pelajar yang beragama Islam untuk tidak menyertai program tersebut kerana ritual itu adalah bentuk ibadah bagi menyembah Matahari kerana perbuatan tersebut adalah ditegah kerana mensyirikkan Allah.

Sebagai rekod, ramai pihak pendidik di India amat menitikberatkan pembabitan semua pelajar dalam ritual Surya Namaskar sehinggakan Universiti Devi Ahilya pernah menggantung 263 orang pelajar kerana gagal untuk datang menyertai majlis ritual Surya Namaskar pada Januari 2019.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: