Antarabangsa

Konflik Ukraine: Lithuania Halau Expat Rusia

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

LITHUANIA, 21 Julai 2023 – Menurut sebuah data yang dikeluarkan oleh Jabatan Migrasi Lithuania, kira-kira 38 orang warga Rusia telah dihalau keluar daripada negara Baltik tersebut pada tahun 2022 kerana dianggap sebagai ancaman.

Selain itu, sekitar 97 buah permit telah ditolak dari awal tahun 2023 sehingga ke hari ini. Tindakan tersebut telah menjadikan jumlah keseluruhan warga Rusia yang telah kehilangan permit Lithuania sejak bermulanya konflik Ukraine-Rusia sebanyak 135.

BACA JUGA: Kerajaan Pahang Berjaya Tangkap 6 Individu Terlibat Perlombongan Mineral Haram

BACA JUGA: Muat Naik Rakaman Dari Luar Negara, JAINJ Sukar Tangkap Pengikut Si Hulk

BACA JUGA: 9 Hilang, Kapal Kargo Terbalik

Pada minggu lalu, Jabatan Keselamatan Lithuania (VSD) telah membuat pengumuman tentang tindakan mereka menghalau seorang wartawan Rusia, Vladimir Vodo.

Tindakan menghalau wartawan tersebut, dakwa VSD adalah kerana beliau “mempunyai pandangan yang tidak menyebelahi Lithuania, menyebarkan propaganda pro-Rusia menerusi media sosial dan berhubung dengan perkhidmatan perisikan Rusia dan Belarus”.

Manakala warga Rusia yang kini masih berada di Lithuania kini diarahkan untuk mengisi borang soal jawab dalam menentukan sama ada mereka adalah ancaman keselamatan terhadap Lithuania ataupun tidak.

Antara yang ditanyakan pada borang tersebut adalah pandangan mereka terhadap konflik di Ukraine serta tentang negara yang berhak untuk menjadi pemilik Crimea.

Pada Jun lalu, jurucakap Kementerian Luar Rusia Maria Zakharova telah menyifatkan kerajaan Lithuania sebagai “musuh utama” bagi Lithuania itu sendiri kerana ujarnya, suku daripada populasi Lithuania telah hilang sejak 30 tahun lalu akibat polisi-polisi yang diguna pakai oleh Vilnius.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: