Tempatan

Konflik Laut Merah Tidak Jejas Import Pertanian Malaysia – Mohamad Sabu

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PETALING JAYA, 17 Januari 2023 – Konflik yang berlaku di Laut Merah tidak akan menjejaskan import pertanian Malaysia, menurut Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Haji Mohamad Sabu.

“Kita tidak mempunyai (jumlah tinggi) import produk pertanian menggunakan laluan itu, (tidak termasuk) konflik Ukraine-Rusia, yang memberi kesan kepada import gandum dan jagung kita.”

“Laluan itu kebanyakannya digunakan untuk minyak. Kita akan pantau bagaimana keadaan itu akan memberi kesan kepada kita dari semasa ke semasa, yang akan menjadi jelas dalam beberapa minggu akan datang,” kata beliau, semalam.

Beliau dalam ucapannya terdahulu menyatakan bahawa pihak kementerian akan merangka strategi bagi menangani situasi itu sekiranya ia mendatangkan masalah.

Memetik laporan, pegawai industri pada Jumaat menyatakan bahawa serangan Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK) ke atas Yaman telah meningkatkan kadar penghantaran kontena di laluan perdagangan global utama termasuk laut merah.

Sebagai tindak balas terhadap serangan Houthi ke atas perkapalan di Laut Merah, pesawat peperangan, kapal-kapal serta kapal selam AS dan UK telah melancarkan berpuluh-puluh serangan di seluruh Yaman sekali gus meningkatkan konflik serantau melangkaui peperangan Israel di Gaza.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: