Tempatan

Limbungan Kapal Bernilai Lebih RM2 Bilion Bakal Dibina Di Melaka

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

MELAKA, 15 April 2023 – Satu perjanjian persefahaman (MoU) dimeterai antara Leaptec Engineering Sdn Bhd (Leaptec), anak syarikat LBS Bina Group Bhd dengan Desan Deniz Ins. San. A.S., sebuah syarikat perniagaan perkapalan terkemuka yang berpangkalan di Istanbul, Turkiye, bagi meneroka potensi pelaksanaan pembinaan dan pembangunan perniagaan limbungan kapal.

Menurut portal tempatan, menerusi MoU itu, kedua-dua pihak menyasarkan untuk bekerjasama bagi meneroka potensi pelaksanaan pembinaan dan pembangunan perniagaan limbungan pembaikan kapal serta pembinaan kapal dalam tiga fasa dengan anggaran nilai projek melebihi RM2 bilion di Tanjung Bruas, Tanjung Kling, Melaka.

BACA JUGA: Bayaran Kenaikan Elaun Guru KAFA Akan Diuruskan – JAKIM

BACA JUGA: Bomba Sahkan Kes Kebakaran Meningkat 75.6%

BACA JUGA: Palestin Seru Malaysia Mengajak Dunia Pertahan Masjidil Aqsa

MoU yang ditandatangani itu berkuat kuasa untuk tempoh 12 bulan bermula 13 April 2023 dan akan diperbaharui selepas mendapat persetujuan bersama kedua-dua syarikat.

Pengerusi Eksekutif LBS Bina Group Berhad dan Leaptec, Tan Sri Lim Hock San berkata, beliau teruja dengan kerjasama antara pihaknya dengan Desan.

“Desan merupakan syarikat yang dikenali dalam bidang perkapalan dan kita percaya perniagaan yang akan dibangunkan ini sangat baik untuk pembangunan industri di Melaka,” katanya.

Pada majlis itu, Leaptec diwakili Pengarah Urusannya, Datuk Wira Joey Lim Hock Guan manakala Desan diwakili Pengerusinya, Cenk Ismail Kaptanoglu.

Majlis tersebut telah disaksikan oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yang dalam rangka lawatan kerja Kerajaan Negeri Melaka ke negara itu.

Hadir sama menyaksikan MoU itu ialah Konsul Jeneral Malaysia di Istanbul, Tengku Mohd Dzaraif Raja Abdul Kadir; Ketua Pegawai Eksekutif Leaptec, Datuk Anis Hisham Abd Aziz dan Pengarah Desan, Adil Bahadir Demirag.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: