Tempatan

Komuniti Setempat Ada Hak Membantah Penjualan Arak

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SHAH ALAM, 16 Ogos 2022 – “Nak jual arak, kena dapatkan persetujuan komuniti setempat.”

“Kedai yang nak jual arak, syaratnya kena iklankan di akhbar seperti ini. Jika tiada bantahan dalam tempoh 2 minggu, maknanya orang ramai telah bersetuju kerana tiada bantahan,” kata Syed Mohd Aizuddin Al-Qassam, Timbalan Pengerusi NGO Komuniti Teknikal Islam Malaysia (KOMTECH).

Dalam laman Facebooknya, Syed Mohd Aizuddin turut menyertakan lampiran keratan akhbar, yang mewar-warkan notis permohonan seorang peniaga yang memohon lesen untuk menjual arak borong.

Notis tersebut jelas menggesa wakil komuniti setempat yang membantah atau tidak bersetuju dengan permohonan lesen arak tersebut atas alasan gejala sosial dan sebagainya untuk tampil menyatakan bantahan.

Beberapa tahun lepas penduduk Bandar Baru Bangi, Selangor memulakan petisyen bantahan jualan arak di sebuah pasaraya di kawasan tersebut. Bantahan tersebut mendapat tandatangan puluhan ribu penduduk dan akhirnya ‘memaksa’ untuk syarikat tersebut akur akan desakan yang dibuat masyarakat setempat.

Dalam sebuah lagi kisah, Bilal Jailani menceritakan bagaimana seorang pengurus cawangan di sebuah kedai serbaneka yang mana semua pekerjanya Muslim berjumpa dengan persatuan penduduk dan menyuarakan berkenaan ketidaksetujuannya dengan penjualan arak di kedainya.

Perkara tersebut didengari oleh pihak persatuan penduduk dan mereka bersetuju untuk menghantar petisyen bantahan atas nama persatuan kepada pengurus cawangan itu.

Petisyen itu lalu dihantar ke pihak HQ dan usaha tersebut berjaya mengeluarkan arak itu dari rak jualan.

Berikutan itu, beliau menyatakan bahawa peranan komuniti penting bagi membantah penjualan arak dan beliau menyarankan agar persatuan penduduk yang lain mengikuti langkah yang sama.

Leave a Reply

Back to top button