Tempatan

Kompleks Baru Pasar Payang Mula Operasi Akhir Tahun Ini

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA TERENGGANU, 17 Julai 2023 – Kompleks baharu Pasar Besar Kedai Payang akan mula beroperasi akhir tahun ini, kata Datuk Bandar Kuala Terengganu, Rosli Latif.

Lapor portal tempatan, pembinaan kompleks tersebut telah siap sepenuhnya setelah mula dibina lima tahun lalu dan akan diserahkan kepada Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada Rabu ini.

Ujarnya, seramai 500 peniaga yang berniaga di kompleks sementara akan mula berpindah tidak lama lagi dan proses pemindahan peniaga dan barangan mereka dijangka selesai sepenuhnya akhir tahun ini.

BACA JUGA: Rampasan Jam Tangan ‘LGBT’: Swatch Fail Saman Pada Malaysia

BACA JUGA: Rumah Kongsi Buruh Asing Jadi Markas Perburuan Haram Haiwan Liar

BACA JUGA: KDN Rampas Bahan Al-Quran, Peranti Elektronik Bernilai Hampir RM62,000

Dalam pada itu, Rosli menjelaskan, kompleks baharu itu dilengkapi kemudahan penyaman udara, mesra orang kelainan upaya (OKU), warga emas dan bayi serta dilengkapi kemudahan eskalator.

Selain itu, menurut beliau, “Sebuah menara jam yang pernah menjadi mercu tanda Pasar Besar Kedai Payang juga telah dibina semula.”

Dimaklumkan, kompleks asal Pasar Besar Kedai Payang telah dirobohkan untuk pembinaan semula pada 2018. Pembinaan semula yang menaik taraf kemudahan pasar itu menelan belanja sekitar RM69.3 juta.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: