Antarabangsa

Komited Tangani Perubahan Iklim Global, Kemboja Tingkatkan Belanjawan 3 Kali Ganda

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PHNOM PENH, 07 Oktober 2022 – Perdana Menteri Kemboja, Samdech Techo Hun Sen memaklumkan kerajaannya meningkatkan belanjawan tiga kali ganda bagi aktiviti berkaitan mitigasi perubahan iklim sebagai langkah komited dalam menangani isu tersebut.

Katanya, Kemboja turut menetapkan sasaran mengurangkan pelepasan gas rumah hijau sebanyak 42 peratus menjelang tahun 2030.

Dalam pada itu, Hun Sen yang juga Presiden Parti Rakyat Kemboja menggesa kerjasama dan solidariti antarabangsa dalam menangani cabaran alam sekitar global untuk kemanusiaan.

“Isu alam sekitar tidak mempunyai sempadan, oleh itu untuk rakyat kita, hanya kerjasama dan solidariti antarabangsa dapat menangani cabaran alam sekitar global secara berkesan dan menyelamatkan planet kita daripada bencana,” katanya pada Khamis lalu dalam majlis perasmian persidangan antara parti antarabangsa anjuran Parti Rusia Bersatu.

Menurutnya, sokongan kewangan dan pemindahan teknologi dari negara maju ke negara membangun penting dalam menyumbang ke arah menangani isu alam sekitar global secara lebih aktif dan berkesan.

“Kemboja sudah bersedia dan kami perlukan rakan kongsi dari sektor awam dan swasta bagi membantu merealisasikan komitmen ini,” ujarnya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: