Tempatan

El Nino Semakin Memburuk Di Malaysia

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 30 Mei 2023 – El Nino dijangka melanda Asia Tenggara bulan depan sekali gus memburukkan jerebu di rantau ini susulan cuaca lebih panas dan kering, memetik laporan portal tempatan.

Menurut Pensyarah Kanan Jabatan Sains Bumi dan Alam Sekitar Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Madya Dr Mohd Shahrul Mohd Nadzir, El Nino dikaitkan dengan pengurangan hujan di bahagian tertentu Asia Tenggara termasuklah Malaysia.

Ketika itu, peningkatan kekeringan akan mewujudkan keadaan yang sesuai untuk kebakaran berlaku termasuk di hutan serta di kawasan di mana pembersihan tanah berlaku.

Dalam masa yang sama, El Nino juga berpotensi untuk memanjangkan musim kemarau di kawasan terjejas di mana ia sekali gus akan meningkatkan peluang untuk kebakaran berlaku dengan berterusan dan memburukkan lagi keadaan jerebu.

BACA JUGA: Kalimah Allah: Keharmonian Lebih Penting Daripada Tegakkan Hak – Mat Sabu

BACA JUGA: Pahang Minta JAIP, JAKOA Bantu Selesai Isu Hak Jagaan Anak Orang Asli

BACA JUGA: Ribut Kencang Langgar Kota Bharu

“Tahun ini, kira-kira 23 titik panas dikenal pasti di Sarawak sahaja sebagai negeri itu menghadapi cuaca kering yang berpanjangan. Perubahan iklim dan jangkaan kembalinya fenomena cuaca El Nino boleh mencetuskan rekod suhu purata baharu pada 2023 atau 2024, menurut saintis iklim,” kata Mohd Shahrul.

Senada dengan Mohd Shahrul ialah Pakar strategi kempen serantau Greenpeace Asia Tenggara, Heng Kiah Chun yang mengatakan bahawa tanah gambut yang kering yang berisiko untuk kebakaran hutan serta penciptaan jerebu diikuti dengan kembalinya cuaca panas dan kering akibat El Nino, ia menjadikan keadaan jerebu di Malaysia semakin memburuk.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), cuaca panas terik serta kualiti udara menurun kepada paras ‘tidak sihat’ pada 15 April lalu dan ia memberi kesan kepada beberapa negeri termasuklah Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu.

Portal berkenaan yang memetik kepada laporan media mengatakan, El Nino telah melanda Malaysia sebanyak 12 kali setakat tahun 2015.

Lapornya, kali pertama fenomena itu berlaku adalah antara 1951 dan 1952.

Setakat ini, stesen meteorologi Chuping Perlis merekodkan kes terburuk El Nino dengan suhu tertinggi iaitu 40.1 darjah Celcius pada 9 April 1998.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: