KMUM Bantah Arahan Pembatalan Konsert, Gesa KPT Tarik Balik Arahan
KUALA LUMPUR, 17 Jun 2023 – Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) Suara Siswa membantah arahan pembatalan semua program atau aktiviti berbentuk konsert di Universiti Awam Malaysia dan menggesa Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk menarik balik arahan tersebut.
Menurut KMUM Suara Siswa, tindakan KPT itu menyekat kebebasan mahasiswa dan mahasiswi untuk menganjurkan aktiviti pelajar dan mengenakan banyak limitasi terhadap aktiviti mahasiswa dan mahasiswi dalam kampus.
BACA JUGA: Imigresen Gempur Pasar Borong Selangor, 35 PATI Diberkas
BACA JUGA: Kegiatan Judi Belangkas Diserbu, 20 Ditahan
BACA JUGA: Fatwa Putuskan Vape Haram – Menteri Agama
“KMUM Suara Siswa menuntut agar arahan untuk menghentikan semua program berbentuk konsert di Universiti Awam ini ditarik balik oleh KPT bagi meneruskan usaha mengembalikan mahasiswa dan mahasiswi kebebasan mereka untuk menjalankan aktiviti dalam kampus dan bersikap bertanggungjawab terhadap aktiviti mereka sendiri,” katanya dalam satu kenyataan.
Baru-baru ini, tular sebuah video konsert yang kononnya berlangsung di dewan sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Terengganu.
Susulan tularnya video tersebut, Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) menyatakan bantahan dan menyeru pihak IPTA terbabit untuk mengambil tindakan segera terhadap penganjuran konsert tersebut.