Tempatan

KL Dinobat Bandar Utama Aktiviti Mesyuarat Bertaraf Antarabangsa

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 03 Disember 2022 – Kuala Lumpur terpilih sebagai destinasi utama di dunia bagi penganjuran aktiviti mesyuarat dan persidangan bertaraf antarabangsa.

Tourism Malaysia di Istanbul, Turkiye memaklumkan kejayaan itu menerusi hantaran laman sosial rasmi agensi itu baru-baru ini.

“Tourism Malaysia telah dianugerahkan anugerah Destinasi Mesyuarat dan Persidangan Terkemuka Dunia (Kuala Lumpur) dengan pengumuman keputusan sistem pengundian dalam talian di Uzakrota Travel Awards 2022 pada 29 November 2022.”

Kuala Lumpur yang memperoleh 803 undian berjaya mengatasi bandar raya tuan rumah sendiri, Istanbul apabila sekadar berada di tangga kedua dengan 753 undian sahaja.

Penganugerahan berprestij tahunan itu diadakan bersempena Persidangan Pengembaraan Uzakrota dihadiri lebih 10,000 pelawat dengan 63 sesi melibatkan 200 peserta pembentang.

Acara ternama pelancongan global itu mula dianjurkan sejak 2010 namun pada tahun ini, Istanbul menjadi kemuncak selepas persidangan sama di Belgrade, Serbia dan Berlin, Jerman.

Sebanyak 45 kategori dipertandingkan dengan keputusan pemilihan membabitkan sebanyak 201,967 undi yang berdaftar dari seluruh dunia berbanding tahun lepas cuma 194,743 undi.

Proses pengundian secara atas talian yang bermula 3 Oktober lalu berlangsung selama 26 hari sahaja.

Di samping itu, Malaysia juga mendapat tempat kedua dalam kategori destinasi pelancongan negara utama manakala AirAsia pula memenangi posisi ketiga bagi kategori penerbangan tambang rendah terbaik dunia.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: