Tempatan

KL Antara 5 Kawasan Berisiko Gempa Bumi

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JOHOR BAHRU, 02 Mei 2023 – Kuala Lumpur antara lima kawasan di Semenanjung yang dijangka mengalami risiko gempa bumi sehingga 6 magnitud.

Ketua Penyelidik Kumpulan Penyelidikan Kejuruteraan Seismologi dan Gempa Bumi, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Profesor Ir Dr Azlan Adnan berkata, jangkaan itu berdasarkan kedudukan Kuala Lumpur yang hampir dengan sesar aktif Bukit Tinggi dengan jarak hampir 50 kilometer.

Jelasnya, Malaysia kini terdedah dengan risiko gempa bumi memandangkan Malaysia bukan lagi berada di luar ‘Lingkaran Api Pasifik’, sebaliknya sudah berada dalam lingkaran api terbabit.

BACA JUGA: Peguam Melayu Pertikai Mengapa Wali Diwajibkan Untuk Pengantin Perempuan

BACA JUGA: Hujan Dijangka Mulai Turun Beberapa Hari Lagi

BACA JUGA: MPK Tawar Diskaun Kompaun Sepanjang Bulan Mei

Selain Kuala Lumpur, empat lagi kawasan yang berisiko tinggi mengalami gegaran di sekitar garis sesar (garisan gempa bumi) ialah Kuala Pilah di Negeri Sembilan, Manjung serta Temenggor di Perak dan Kenyir di Terengganu.

Tambahnya lagi, hasil kajian berkaitan gempa bumi di Malaysia yang dijalankan sejak 25 tahun lalu mendapati, ada juga kawasan di Sabah dan Sarawak yang boleh terjadi gempa bumi sehingga 7 magnitud.

“Ranau, Lahad Datu dan Kudat di Sabah antara kawasan berisiko dilanda gempa bumi. Manakala di Sarawak, ia membabitkan Bintulu, Niah dan kawasan berhampiran Miri.”

Menurut Azlan, punca berlaku gempa adalah apabila plat bumi sentiasa bergerak, berlaga dan bergeser sehingga mencetuskan gempa bumi.

Justeru, Azlan menggesa supaya peta risiko gempa bumi dibangunkan bagi mengenal pasti kawasan-kawasan berisiko gempa bumi.

Katanya, peta tersebut juga akan membantu merancang dan merangka operasi menyelamat mangsa dengan pantas dan cepat sekiranya ia berlaku.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: