Antarabangsa

Pengasas WhatsApp Derma USD2 Juta Kepada Calon Pro-Israel

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

WASHINGTON, 28 Julai 2022 – Pengasas Whatsapp, Jan Koum dilaporkan telah menderma USD2 juta kepada kempen Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Israel (AIPAC) Amerika dalam pilihan raya Demokrat bulan lepas, sebagai sokongan kepada calon pro-Israel untuk mengalahkan pro-Palestin.

Menurut akhbar Israel Haaretz, Jan telah menggandakan sumbangannya kepada pelobi pro-Israel bagi menjamin kemenangan calon itu dan sekali gus menjadikannya antara penderma terbesar mengalahkan jutawan Paul Singer dan Bernie Marcus, serta penderma demokrasi Israel-Amerika Haim Saban.

Projek Demokrasi Bersatu AIPAC setakat ini telah membelanjakan kira-kira USD21 juta untuk kempen tersebut.

Menerusi kempen tersebut, kumpulan pelobi pro-Israel meraikan kemenangannya apabila calon yang disokongnya menang dalam pilihan raya daerah kongres keempat Maryland baru-baru ini.

Jan, seorang Yahudi kelahiran Ukraine sememangnya terkenal menyalurkan sumbangan kontroversi sebagai penyokong kuat perjuangan Zionis.

Dari 2019 hingga 2020, Jan dikatakan telah menderma USD140 juta sebagai hadiah kepada kira-kira 70 badan amal pro-Israel yang bekerja di Amerika Syarikat.

Menurut Agensi Telegraf Yahudi, yayasan keluarga itu juga secara senyap-senyap meningkatkan sumbangan kepada isu berkaitan Yahudi dan Israel sejak beberapa tahun lalu.

Salah satu sumbangan kontroversinya adalah apabila dia dilaporkan menyumbang sebanyak USD6 juta kepada Friends of Ir David, yang merupakan cabang pengumpulan dana Amerika Syarikat Elad.

Elad merupakan sebuah NGO berhaluan kanan yang memfokuskan penempatan Yahudi di perkampungan Palestin yang dijajah seperti Silwan di Baitulmuqaddis Timur, selatan Kota Lama dan Masjid Al-Aqsa.

Selain itu, yayasan keluarga itu juga dipercayai memberikan sumbangan USD175,000 kepada Central Fund of Israel, untuk mengusir keluarga Palestin di kawasan kejiranan Sheikh Jarrah.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: