Tempatan

MUIP Lulus Permohonan Bantuan Banjir

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUANTAN, 15 Januari 2022 – Sebanyak 2,000 permohonan bantuan di bawah Program Agihan Prihatin Zakat (APZ) telah diluluskan oleh Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) selepas memastikan semua permohonan berjaya mematuhi syarat yang ditetapkan.

“Kita luluskan permohonan yang lengkap dan memenuhi syarat ditetapkan. Permohonan yang berjaya menerima RM500 dan dengan dimasukkan ke dalam akaun bank mereka.”

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Baitulmal dan Operasi) MUIP, Dr Asmadi Abdul Rahman, semalam.

Permohonan melalui kaedah dalam talian yang dibuka pada seminggu lalu itu menunjukkan pihak MUIP berhasil menerima 7,233 permohonan bantuan. Bagi setiap Ketua Isi Rumah (KIR) yang berjaya akan menerima bantuan sebanyak RM500.

Sebelum ini, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) turut memperuntukkan sejumlah wang bernilai RM9 juta bagi meringankan beban mangsa banjir yang melanda negeri tersebut pada akhir Disember lalu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: