Tempatan

KKM Sahkan Tiada Kemasukan Coklat Kinder Tercemar Bakteria Ke Malaysia

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 17 April 2022 – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui kenyataan akhbarnya mengesahkan tiada kemasukan coklat jenama Kinder yang tercemar dengan bakteria Salmonella typhirium ke dalam Malaysia.

Antara produk yang terlibat ialah Kinder Surprise, Kinder Mini Eggs, Kinder Surprise Maxi 100g, Kinder Schokobons dan Kinder Egg Hunt Kit yang dihasilkan oleh kilang Ferrero Ardenes di Arlon Belgium.

BACA: ‘Misteri Kematian Mistik’ Lubuk Yu Jangan Berulang

BACA: Dos Penggalak Punca Jari Perlu Dipotong? Wanita Dapatkan Pandangan Kedua

BACA: Dunia Bakal Kebuluran Harga Barang Melambung

Pengarah Kanan Keselamatan Makanan, Mohd Salim Bin Dulatti berkata, maklumat itu adalah hasil daripada semakan data daripada Sistem Maklumat Keselamatan Makanan (FoSIM) dari tahun 2021 sehingga kini yang menyatakan bahawa tiada kemasukan produk tersebut.

Perkara itu turut disahkan oleh International Food Safety Authorities Networks (INFOSAN) yang menyatakan produk terbabit tidak dieksport ke negara ini.

Menurut INFOSAN, produk jenama tersebut yang dieksport ke negara ini kebanyakannya diimport dari Poland, Itali, German, India dan beberapa negara lain.

Bakteria Salmonella typhirium yang mencemari coklat itu merupakan bakteria patogenik yang boleh menyebabkan penyakit bawaan makanan dan membawa simptom seperti kekejangan perut dan cirit-birit khususnya dalam kalangan kanak-kanak.

Berikutan itu, KKM menekankan bahawa pihaknya akan meningkatkan pemantauan atas produk jenama tersebut di pintu masuk negara bagi memastikan ia tidak memasuki pasaran tempatan.

Justeru, KKM mengingatkan kepada pengguna yang mempunyai kemusykilan berhubung isu keselamatan makanan agar menghubungi Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat atau terus menghubungi pihak KKM.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: