Tempatan

KKM Nafi Tindas Pengusaha Vape, Hanya Mahu Jaga Kesihatan Rakyat

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PERAK, 03 September 2022 – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan bahawa operasi serbuan dan rampasan yang dijalankan adalah untuk menindas pengusaha rokok elektronik (vape).

Kenyataan tersebut diutarakan oleh Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, di mana beliau menyatakan:

“Tidak ada siapa hendak menindas, kita hendak jaga rakyat supaya sentiasa sihat.”

Beliau turut menyatakan bahawa beliau percaya bahawa serbuan dan rampasan yang dijalankan adalah berasas.

“Saya percaya tindakan dilakukan atas sebab-sebab tertentu,” ujar beliau seperti yang dilaporkan sebuah portal tempatan.

Terdahulu, Setiausaha Agung Dewan Perniagaan Vape Malaysia (DPVM) Ridhwan Rosli dikatakan telah mengeluarkan kenyataan bahawa tindakan KKM menyerbu kedai-kedai vape dan melakukan rampasan menjejaskan operasi pengusaha vape yang kebanyakannya terdiri dari usahawan kecil dan sederhana (SMEs).

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker