Antarabangsa

Malaysia Desak Majlis Keselamatan PBB Tuntut Zionis Hentikan Jenayah Kejam

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 05 Julai 2023 – Malaysia menyeru Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) dan ahli masyarakat antarabangsa supaya menuntut rejim Zionis Israel menghentikan jenayah kemanusiaan dan dasar aparteid terhadap rakyat Palestin dalam kepentingan keamanan dan kestabilan.

Menerusi kenyataan media Wisma Putra, Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan udara yang dilakukan rejim haram aparteid Israel di Jenin, sebuah wilayah pendudukan di Tebing Barat baru-baru ini.

“Peningkatan keganasan telah memburukkan lagi keadaan yang sedia buruk di Jenin. Banyak nyawa tidak bersalah terkorban akibat pencerobohan Israel.”

BACA JUGA: Jabatan Pendaftaran Negara Nafi Lantik Ejen Bagi Tawaran Perkhidmatan

BACA JUGA: Promosi Negara Berbilang Kaum, Ketepikan Melayu Bertentang Perlembagaan Persekutuan – Pakar Perlembagaan

BACA JUGA: Selesa ‘Makan Gaji’, Ruang Ekonomi Negara Dikawal Warga Asing

Tambah kenyataan sama, provokasi, pencerobohan dan kekejaman berterusan yang dilakukan tentera pendudukan Israel adalah pelanggaran terang-terangan terhadap undang-undang antarabangsa dan kemanusiaan.

Lantas itu, Malaysia menuntut Israel menghentikan segera pertumpahan darah dan membenarkan akses tanpa halangan untuk penduduk Jenin mendapatkan bantuan kemanusiaan dan penjagaan kesihatan.

Tegas Wisma Putra, “Malaysia terus berpegang teguh dengan pendirian berprinsip kami bahawa rakyat Palestin berhak mendapat negara mereka sendiri yang merdeka dan berdaulat, mengikut sempadan sebelum 1967, dengan Baitulmuqaddis Timur sebagai ibu kotanya.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: