NGO

KKM Mesti Hayati Hak Asasi Pesakit – Deklarasi Manifesto Konvensyen Kebajikan & Tuntutan Rakyat

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

DEKLARASI MANIFESTO KONVENSYEN KEBAJIKAN & TUNTUTAN RAKYAT
8 hb July 2022 : Dewan PPIM

KLUSTER KESIHATAN / PATV (PUSAT ADUAN TERKESAN VAKSIN

1.Hasil Konvensyen Kebajikan Rakyat menuntut agar sebarang perjanjian dengan WHO hendaklah dielakkan. Sebarang saranan dari WHO berkenaan pengurusan pandemik dan bencana hendaklah melalui panel pakar-pakar tempatan yang diiktiraf, berkecuali, berkemahiran, tidak berkepentingan. Panel wajar terdiri dari NGO, Agamawan dan rakyat yang terpilih.

2. Konvensyen ini menuntut diadakan badan penguatkuasaan perubatan alternatif dan komplementari yang berkecuali tidak terikat di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia. Bidang TCM dipisahkan dari KKM dan dikawalselia oleh profesional-profesional dalam sub bidang perubatan komplementari masing2. Konvensyen menuntut agar KKM tidak mencampuri atau menganggu-gugat kepentingan pengamal perubatan alternatif yang lain termasuk pengamal perubatan kerohanian spiritual AlQuran dan Sunnah nabi dan para ulamak yang telah amalkan semenjak ribuan tahun.

3. Konvensyen ini mendapati terdapat “conflict of interest” yang nyata dalam perlaksanaan program vaksinasi covid-19 Kebangsaan serta penilaian AEFI. Pihak kami menuntut agar INFORMED CONSENT untuk vaksinasi dilakukan dengan sempurna, dipertanggungjawabkan kepada kerajaan, sementara penilaian AEFI dipertanggungjawabkan kepada satu panel penilai yang berkecuali, telus yang terasing dari NPRA/KKM. Konvensyen juga menuntut agar pelaporan AEFI oleh petugas kesihatan dimandatorikan dan dibina satu PORTAL AEFI (PATV) yang transparent rakyat.

4. Konvensyen NGO dan Agamawan juga menuntut agar sistem perubatan beralih ke arah mengutamakan wellness (kesihatan) berbanding hanya merawat (secara vaksin) kepada penyakit yang timbul. Ini termasuklah menambah serta memberi pengiktirafan kepakaran dalam bidang perubatan nutrisi, functional, serta memberi ruang yang lebih luas kepada perubatan tradisional dan komplementari tanpa sekatan-sekatan yang tidak wajar. Usaha menggabungkan dan mengharmonikan perubatan alopati dan komplementari perlu disegerakan yang dapat memberikan manfaat kepada kesihatan rakyat. Perkara utama yang ditinggalkan inilah yang menyebabkan kes Corona Virus dan kematian melambung tinggi.

5. Konvenyen ini menyeru agar KKM/ kerajaan kembali menghayati HakHak asasi individu / pesakit yang berhak memilih jenis rawatan yang difikirkan terbaik untuk situasi dirinya atau tanggungannya sendiri. Konvensyen ini juga mengingatkan kembali kepada pihak KKM/kerajaan bahawa adalah salah untuk mendiskriminasikan individu dari segi khidmat perubatan berdasarkan pilihan vaksinasi individu, atau mensyaratkan vaksinasi sebelum mendapatkan perkhidmatan perubatan, kemasukkan pelajar ke sekolah dan universiti, untuk mendapat perkerjaan, gaji dan pencen. Ini adalah melanggar Hak Asasi Manusia yang dijamin dalam Perlembagaan Negara merupakan perbuatan zalim disisi ugama.

6. Konvensyen ini menuntut agar KKM mengeluarkan data-data yang relevan dan terlus berkaitan kes AEFI dan kematian selepas mengambilvaksin yang gagal diberikan post-mortem atau punca yang tepat yang mengakibatkan kekeliruan dan salah faham yang teruk. Ini juga bagi mengukur samada tahap kesihatan rakyat Malaysia adalah lebih baik semenjak perlaksanaan vaksinasi covid-19?. Maka kami menuntut kerajaan mengeluarkan data berikut yang membolehkan penilaiandilakukan.
I. Kanser baru, Kanser relapse
II. Myocarditis
III. Reinfection
IV. Penyakit chronic
V. Kadar kelahiran
VI. Kadar kematian
VII. Outcome kelahiran;

Dan dengan membandingkan mengikut status vaksinasi ataupun dibandingkan dengan kadar insiden sebelum program vaksinasi.

7. Konvensyen ini menuntut supaya kerajaan menghadkan bidang kuasa dan segera membaiki salah guna kuasa yang telah berlaku disepanjang pandemik sehingga menyebabkan KKK yang dianggap sebagai penyelamat / perawat yang professional sebaliknya dilihat sebagai agency yang rakus kuasa, zalim dan menganiaya rakyat terutama kepada Institusi Ugama Islam dan rakyat marhean yang miskin dan susah.

8. Konvensyen ini menuntut penjelasan yang konkrit terhadap kenyataan media Para Pemimpin yang berkaitan, terhadap SOP dan Vaksinasi yang dilaksanakan kepada rakyat, seringkali berubah-ubah (tidak konsisten), seakan berlaku penipuan sehingga menyebabkan rakyat tertekan, marah dan seolah -olah diperangkap.

 

KLUSTER KESELAMATAN

KONVENSYEN INI MENUNTUT PERKARA-PERKARA YANG BERIKUT:

RESOLUSI 1: MENUBUHKAN JAWATANKUASA KHAS MENGIKUT ARTIKEL 40(3) PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN.

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Malaysia (PICK) telah terbukti gagal menguruskan isu pandemik Covid-19 dengan baik dan berkesan.

Semenjak 2 tahun yang lepas kita dapat melihat pelbagai isu besar, daripada tidak salah untuk tidak mengambil vaksin covid-19 berdasar akta pindaan 342 sehinggalah kepada paksaan mengambil vaksin Covid19. Vaksin Covid-19 yang pada asalnya perlu diambil 2 dos sahaja, kini telah berubah kepada keperluan/paksaan untuk mengambil booster dos ke 3 dan ke 4. SPRM pula telah mengesan isu rasuah dalam pembelian berkaitan vaksin COVID-19.

Selain itu terdapat pelbagai isu SOP yang kejam dan double standard terutamanya ke atas institusi-institusi agama. Ini telah menyebabkan kesengsaraan yang amat besar kepada rakyat hingga ramai yang menganggur, bunuh diri dan banyak perniagaan telah ditutup.

Demi kepentingan dan kebajikan rakyat, Konvensyen ini melihat keperluan untuk ditubuhkan satu jawatankuasa khas yang terdiri daripada pakar-pakar perubatan dan undang-undang tempatan yang dipilih oleh YDA setelah berunding dengan Saketariat Konvensyen Kebajikan Rakyat untuk membuat post-morterm terhadap isu-isu Program Imunisasi COVID19 Kebangsaan (Malaysia).

Konvensyen ini mendesak kerajaan menghentikan segera segala SOP, vaksinasi, penggunaan aplikasi mysejahtera dan kompaun secara zalim kepada individu atau institusi agama serta membayar pampasan kepada mangsa AEFI vaksinasi Covid-19 seperti yang dijanjikan oleh kerajaan.

Konvensyen ini juga mendesak kerajaan agar tidak meluluskan pindaan akta 342 secara total dan juga memansuhkan sebahagian akta 775 berkaitan isu yang merampas hak pengamal perubatan alternatif berdasarkan syariah.

RESOLUSI 2: PENUBUHAN CARETAKER GOVERNMENT MENJELANG PRU15

Kerajaan sekarang berada dalam keadaan yang sangat lemah kerana tiada parti yang dominan. Ini telah menyebabkan negara berada dalam pelbagai isu besar yang tidak berupaya tangani dengan baik.

Isu-isu terbesar termasuk hutang negara yang besar, inflasi [kenaikan harga barang], kadar pengangguran & kemiskinan yang bertambah dan kemungkinan akan berhadapan dengan isu food insecurity dalam masa terdekat. Ringkasnya, kerajaan yang sedia ada telah gagal menjaga keselamatan dan kebajikan rakyat.

Malah, Tun Daim (Mantan Menteri Kewangan) sendiri telah mendedahkan Malaysia kemungkinan akan menjadi bankrupt pada September 2022 berikutan nilai ringgit yang akan jatuh. Adakah kita perlu memegang wang rizab luar negara dalam bentuk US dollar yang kini sudah jatuh merudum?

Terkini, dalam satu kenyataan akhbar pada 4 julai 2022, Ku LI (Ahli Parlimen Gua Musang dan juga mantan Menteri Kewangan) juga telah menyatakan nilai ringgit akan merosot sehingga RM 5.70 berbanding Dolar dan ekonomi Malaysia susah hendak diselamatkan.

Konvensyen mendapat maklum bahawa Parlimen akan dibubarkan dalam masa terdekat dan PRU15 akan diadakan. Demi mengelakkan percanggahan kepentingan oleh kerajaan yang sedia ada, konvensyen mencadangkan sebuah KERAJAAN SEMENTARA ditubuhkan untuk mentadbir dan mengurus KERAJAAN apabila PRU15 diadakan sehingga kerajaan baru ditubuhkan.

RESOLUSI 3: MEMBANTAH KAEDAH PELAKSANAAN MIKROCHIP DIGITAL ID DAN CENTRAL BANK DIGITAL CURRENCY DALAM TUBUH MANUSIA

Menteri Kewangan telahpun mengisytiharkan menjadikan Malaysia sebagai Cashless Society dan tender-tender kerajaan tidak lagi menerima tunai bermula tahun 2022. Sementara Menteri dalam Negeri telah mengisytiharkan polisi perlaksanaan Identiti Digital Nasional (IDN) yang akan dilaksankan sepenuhnya menjelang 2024. Polisi ini dilihat selaras dengan dasar The New World Order yang telah diisytiharkan dalam World Government Summit pada 29-30 Mac 2022 di Dubai.

Pada dasarnya kita tidak menolak kemajuan yang akan dibawa melalui platform dunia digital ini. Pada asasnya ID rakyat Malaysia telahpun menggunapakai platform digital berdasarkan chip yang telah dimasukkan ke dalam kad pengenalan. Begitu juga transaksi perniagaan termasuk diperingkat runcit telahpun mengguna pakai platform digital melalui ewallet, kad kredit dan sebagainya.

KONVENSYEN INI MENOLAK PELAKSANAAN PLATFORM DIGITAL INI DENGAN SEKERAS-KERASNYA JIKA MENGGUNAKAN MIKROCHIP YANG AKAN DITANAM DI DALAM TUBUH MANUSIA (TANGAN) SEPERTI YANG TELAH DILAKSANAKAN DIBEBERAPA BUAH NEGARA TERMASUK SWEDEN.

RESOLUSI 4: MEMBENARKAN PENUBUHAN BANK AWAM.

Dasar kewangan kerajaan Malaysia sekarang ini adalah berdasarkan sistem monetari berasaskan riba yang bertentangan dengan syariah. Konvensyen ini mencadangkan ditubuhkan satu BANK AWAM yang beroperasi untuk kepentingan awam dan dipunyai rakyat melalui institusi yang ditadbirkan oleh kerajaan melalui menteri kewangan dan dipantau oleh Jawatankuasa Khas Parlimen.

Bank Awam ini sebagai langkah awal dan pertama ke arah sistem monetari bebas riba, memastikan jaringan sosial keselamatan lebih berkesan dan melahirkan masyarakat yang lebih celik merdeka akal, qalbu dan jiwanya. Penubuhan Bank Awam ini akan berupaya membebaskan negara dan rakyat daripada hutang, inflasi, kemiskinan dan sekaligus mengurangkan jurang kumpulan kaya dan kumpulan miskin samada antara negeri kaya dan negeri yang miskin.

RESOLUSI 5: MEMINTA KERAJAAN MENUBUHKAN FORUM MUZAKARAH RAKYAT UNTUK MENGKAJI KESELAMATAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI 5G

Konvensyen ini ambil maklum berkaitan kepentingan teknologi 5G dari sudut ekonomi. Namun konvensyen ini juga ambil maklum mengenai kajian-kajian saintifik yang dilaksanakan oleh saintis antarabangsa. Seramai 2600 saintis dunia telah menandatangani memorandum yang dihantar kepada UN dan WHO dan semua pemimpin negara dunia supaya mengkaji semula pelaksanaan teknologi 5G kerana ia mengancam kesihatan manusia dan amat bersifat Carcinogen (cancer)

Berdasarkan isu di atas konvensyen ini mencadangkan satu Forum Muzakarah Rakyat(bersifat bukan kerajaan) yang melibatkan pakarpakar berkaitan termasuk agamawan untuk membincangkan isu ini dan seterusnya membuat polisi yang terbaik untuk kepentingan rakyat.

 

KLUSTER UNDANG-UNDANG

1.Federal list dan State list dalam Perlembagaan Persekutuan telah menyebabkan agama islam di perlekehkan kerana state list telah mengurangkan bidang kuasa agama islam, seperti isu murtad, kalimah Allah, semakan kehakiman, pendaftaran pengamal rukyah dengan KKM (Akta 775) dan kini isu pandemik dan penggunaan vaksin yang masih dalam uji kaji/gene terapi pramatang.

2. YDA sebagai Ketua Utama Negara (artikel 32) dan Ketua Esekutif Persekutuan (artikel 39) dan Majlis Raja2 (artikel 38) yg boleh membincangkan dasar polisi negara telah di manipulasi oleh kerajaan (esekutif) kerana memberi maklumat salah mengikut artikel 40 (1). Kebebasan media berat sebelah, hanya maklumat terpilih diwar-warkan, suara ramai terlalu dikawal, didiskriminasi, dianggap sebagai sumber tidak resmi seterusnya telah dikeluarkan dari sistem, dan disifatkan sebagai „irrelevant“ untuk menyebarkan fakta yang terkini.

3. Pandemik dan penggunaan vaksin/gen terapi pramatang (walaupun sukarela) termasuk SOP kesihatan atas alasan kesihatan umum telah mencabar dan mendikriminasi hak asasi mengikut Artikel 5-11 termasuk telah menyebabkan kematian dan kesan AEFI kepada rakyat yg mengambil vaksin yang masih dalam uji-kaji/gene terapi pramatang.

4. Konvensyen menuntut pindaan Akta 342 yang bersifat zalim ditolak terus, manakala Akta 342 yang sediada dikaji semula perlaksanaan kerana terdapat salah guna kuasa dalam membuat SOP kesihatan yang memberi penganiayaan dan kezaliman kepada rakyat marhean dan instutusi agama dalam negara kita. Penggunaan gene terapi Pfizer juga telah melanggar definasi imunisasi mengikut Akta 342.

5. Borang persetujuan vaksin “Informed Consent”/program PICK adalah zalim. Wujudnya penipuan,penindasan fakta dan pengaruh tak wajar dan tiada persetujuan termaklum. Ia melanggar Nuremberg kod dan melanggar amalan klinikal antara bangsa.

6. Polisi kerajaan dengan menggunakan PICK program dan borang persetujuan adalah zalim kerana menggalakkan rakyat utk dapat 2 potensi penyakit (termasuk kesan AEFI) berbanding dgn rakyat yg tidak mengambil vaksin yang dalam uji kaji/gene terapi pramatang yg hanya dapat 1 potensi penyakit.

7. YDA boleh bawa isu / kesan peruntukan Perlembagaan ke mahkamah Persekutuan dibawah artikel 130 jika maklum pada kerajaan YDA dibawah artikel 40 (1) salah / tidak munasabah berkaitan Hak Asasi dan Agama Islam.

8. Konvensyen menuntuk kerajaan mengambalikan semula kedaulatan dan keluhuran undang undang agar Raja dan Pemimipin dapat berlaku adil serta tidak berlaku zalim kepada rakyat.

BENGKEL KLUSTER EKONOMI & ANCAMAN RASUAH EKONOMI.
TUNTUTAN ATAS DASAR KESAN SOP PANDEMIK:

➢ Konvensyen ini menuntut dan mendesak kerajaan membayar pampasan dan ganti rugi ekonomi atas kerugian dan kehilangan perniagaan atas sebab penutupan operasi semasa PKP.
➢ Syarikat besar dibenarkan beroperasi sementara syarikat kecil ditindas, tidak dibenarkan menjalankan perniagaan.
➢ Konvensyen ini mendesak SOP yang bersifat tidak adil, yang mengkayakan satu golongan dan mengbankrupkan lagi satu golongan.

1. KOS SARA HIDUP
a) Pengkajian semula upah RM 1500 gaji minima mengikut sector, dikaji semula mengikut sector bersasar.
b) Pengurangan cukai korporat (3% to 4% ) supaya dapat meningkatkan kemasukan FDI
c) Pembatalan Semua AP bagi menghasilkan harga yang kompetitif.
I. Bekalan Makanan
II. Pembinaan
III. Peralatan
d). Subsidi diteruskan secara bersasar sebagai contoh produk petroleum, minyak masak, gula, tepung makanan ruji asasi rakyat Malaysia.
e) Konvensyen mendesak kenaikan harga barang yang menekan rakyat selepas Pandemik mesti segera ditangangi kerajaan. Harga barang yang tinggi perlu dipinda kepada makisnima yang lebih baik.

2. PINJAMAN /KEWANGAN
a. TURUN BLR (0.7 HINGGA 1.0 %) Kerajaan wajar ada political will supaya bank berserta rakyat dan kerajaan.
b. PENEKANAN (MEMPERKASAKAN) KEPADA PENDIDIKKAN KEWANGAN
I. Pengetahuan dan disiplin pengurusan kewangan
II. Asas kewangan
III. Membudayakan disiplin kewangan
c. PENGUATKUASAAN
I. Akta kewangan di reformasikan
II. Lesen kewangan diperketatkan (terutama lesen Ah Long yang dikeluarkan oleh KPKT)

3. FOKUS SEKTOR
a. INDUSTRI (STIMULUS BARU)
I. Latihan teknikal untuk graduan diperhebatkan.
II. Pengurangan pekerja asing secara bersasar.
III. Keutaman kepada pekerja tempatan pekerja mahir,
teknikal & pengurusan.
b. PERTANIAN DAN PENTERNAKKAN
I. Batal semua AP Import
II. Subsidi bersasar
III. ‘utilise’ tanah-tanah terbiar agensi kerajaan (kurang
karenah birokrasi).
IV. Penambahbaikkan program Keselamatan Makanan.
c. Perkhidmatan
I. Pengurangan cukai pelancongan, ‘tourism awareness’ dan budget geran yang tidak utilize.
II. Pemerkasaan program MSC (Koridor multimedia)

4. KEPERLUAN MANDIRI (Cadangan Pemulihan)
a. Perbanyakkan program food security for community
b. Latihan kemahiran bersasar mengikut sector kritikal
c. Pembahagian program mengikut zone dengan dorongan geran daripada kerajaan persekutuan

RASUAH
SPRM hendaklah diletakkan dibawah Parlimen sepenuhnya.
1. Lantikan Ketua Pengarah hendaklah mendapat sokongan 2/3 majoriti ahli parlimen
2. Ahli majlis penasihat SPRM,
– Bukan Politik
3. Cadangan terdiri daipada bekas-bekas hakim Mahkamah
Persekutuan, Rayuan, dan Mahkamah Tinggi sahaja.
4. Hukuman Berat (Penerima dan Pemberi)
i. Hukuman berat dan sebatan
ii. Penjara seumur hidup
iii. Sebatan / di Malukan
5. Jikalau ada jenayah komersial dalam pengurusan dan pembelian perlu diadakan siasatan forensik
6. Awareness program rasuah hendaklah di tambah baik.

 

KLUSTER AGAMA

Kluster Agama ingin memulakan dengan Firman Allah:
يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْٓا اِنْ تُطِيْعُوْا فَرِيْقًا مِّنَ الَّذِيْنَ اُوْتُوا الْكِتٰبَ يَرُدُّوْكُمْ بَعْدَ اِيْمَانِكُمْ كٰفِرِيْنَ
QS Ali Imran : 100

Terjemahan
Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu mengikuti sebahagian dariorang yang diberi Kitab, niscaya mereka akan mengembalikan kamu menjadi orang kafir setelah beriman.

Tafsir Ringkas
Setelah ayat sebelumnya mengecam Ahli Kitab, maka ayat ini ditujukan kepada orang-orang yang beriman. Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu mengikuti sebagian dari orang yang diberi Kitab, yaitu Yahudi dan Nasrani, niscaya mereka akan mengembalikan dan memalingkan kamu dari agama kamu agar kembali menjadi orang kafir yang kukuh kekafirannya setelah kamu beriman mengikut ajaran Nabi Muhammad.

وَلَا تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهٖ عِلْمٌ ۗاِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ اُولٰۤىِٕكَ كَانَ عَنْهُ مَسْـُٔوْلً
(QS Al Isra : 36) “Dan janganlah kamu mengikuti sesuatu yang tidak kamu ketahui.
Karena pendengaran, penglihatan dan hati nurani, semua itu akan
diminta pertanggungjawabannya.” (QS Al Isra’: 36)

Tafsir Ringkas
Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Jangan mengatakan sesuatu yang engkau tidak ketahui, jangan mengaku melihat apa yang tidak engkau lihat, jangan pula mengaku mendengar apa yang tidak engkau dengar, atau mengalami apa yang tidak engkau alami. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, adalah amanah dari Tuhanmu, semuanya itu akan diminta pertanggunganjawabnya, apakah pemiliknya menggunakan untuk kebaikan atau keburukan?

وَلَا تَقُوْلُوْا لِمَا تَصِفُ اَلْسِنَتُكُمُ الْكَذِبَ هٰذَا حَلٰلٌ وَّهٰذَا حَرَامٌ لِّتَفْتَرُوْا عَلَى اللّٰهِ الْكَذِبَۗ اِنَّ الَّذِيْنَ يَفْتَرُوْنَ عَلَى اللّٰهِ الْكَذِبَ لَا يُفْلِحُوْنَۗ

Terjemahan
Dan janganlah kamu mengatakan terhadap apa yang disebut-sebut oleh lidahmu secara dusta ”Ini halal dan ini haram,” untuk mengada-adakan kebohongan terhadap Allah. Sesungguhnya orang yang mengadaadakan kebohongan terhadap Allah tidak akan beruntung.
(QS An Nahl:116)

Tafsir Ringkas
Usai merinci makanan yang diharamkan, Allah lalu melarang manusia mengatakan hal yang tidak berdasar atas nama Allah. Allah berfirman, “Dan janganlah kamu mengatakan terhadap apa yang disebut-sebut oleh lidahmu secara dusta, baik tentang binatang maupun hal-hal lain, tanpa dasar dan tanpa merujuk pada ketentuan Allah dan rasulNya bahwa ‘Ini halal dan ini haram.’ Janganlah kamu mengatakan yang demikian itu untuk mengada-adakan kebohongan terhadap Allah. Ketahuilah bahwa sesungguhnya orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah tidak akan beruntung dan tidak akan membawa kebaikan bagi dirinya di dunia dan akhirat.”

مَتَـٰعٌۭ قَلِيلٌۭ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌۭ
(Itu adalah) kesenangan yang sedikit; dan mereka akan mendapat azab
yang pedih. (QS An Nahl:117)

Tafsir Ringkas
Jika mereka mengada-adakan kebohongan terhadap Allah lalumemperoleh kebaikan, ingatlah bahwa sesungguhnya itu hanyalah kesenangan yang sedikit dan segera musnah; dan ingatlah pula bahwa setelah itu mereka akan mendapat azab yang pedih sebagai balasan atasnya.

Konvensyen Kebajikan Rakyat yang dihadiri oleh wakil-wakil NGO Muslim dan golongan Agamawan sepakat menyatakan bahawa permasalahan yang dihadapi oleh rakyat dan Negara wajib mendapat sentuhan dan prihatin secara khusus oleh golongan-golongan agamawan dan mereka yang memimpin Agama (Majlis Raja-Raja). Terutamanya apabila banyak isu-isu dan permasalahan yang berlaku dalam suasana pandemik ini terus menjadi semakin kronik dan tidak menuju kepada penyelesian.

Konvensyen berpandangan satu kajian semula perlu dibuat terhadap semua fatwa dan pandangan-pandangan umum berkenaan kepimpinan dan pengurusan Pandemic Covid-19. Samada perkara yang berkaitan dengan pengisytiharan dharurat, penggunaan vaksin dan bahan haram sebagai ubatan dan SOP yang dilaksanakan samasa di Masjid, dan lainlain. Masalah utama terletak pada sumber rujukan fatwa-fatwa yang berkenaan.

Sikap mendiamkan diri dan berpada dengan penilaian fatwa mengikut arus perdana oleh sebahagian besar tokoh-tokoh ulamak dan agamawan amat mengecewakan. Sikap lemah ini seolah-olah seperti Syaitan Bisu yang redha kepada kerosakan dan kemungkaran yang berlaku ke atas Ummah. Sikap berdiam diri dengan alasan mengikuti pandangan Jumhur Ulamak Dunia, walaupun rujukan yang dikatakan Jumhur itu hanyalah berkiblatkan kepada pandangan World Health Organization (WHO) semata-mata. Sedangkan WHO adalah satu badan yang penuh dengan kritikan-kritikan professional, hal-hal kontroversi.

Konvensyen berpendapat beberapa salah guna kuasa dan arahan telah berlaku dalam WHO, tetapi telah ditutup oleh pihak-pihak tertentu dalam kerajaan. Antaranya:

1. Mukadimah kredibiliti WHO boleh dicurigai, sebelum ini seperti Skandal “Pandemik Swine FLu” yang telah disiasat oleh ahli-ahli European Parliament pada tahun 2010, dan terbukti penyelewengan, penipuan dan pengaruh syarikat-syarikat farmasi yang besar ke atas WHO.

2. British Medical Journal juga telah mendapati bahawa para saintis yang membuat kajian secara tidak telus, menjadi rujukan WHO, telah melakukan perbuatan bersubahat dengan syarikat-syarikat farmasi yang mempunyai kaitan langsung dengan WHO.

3. WHO juga telah dikuasai atau dipengaruhi oleh syarikat-syarikat farmasi Gergasi dan Yayasan-yayasan swasta yang berkepentingan dalam hal ehwal penjualan Vaksin apabila sekurang-kurangnya 80% daripada pembiayaan dana keseluruhan WHO dibiayai oleh kumpulan mereka ini. Menjadikan WHO sebagai sebuah badan yang tiada sokongan Dana penuh dari negara negara antarabangsa. Pengaruh WHO hanya dikuasai oleh mereka yang ada kepentingan dari golongan-golongan elite.

WHO yang menjadikan sumber rujukan utama “Fatwa Jumhur Ulamak Dunia” adalah satu sumber fatwa yang penuh dengan syubahat dan tidak berwibawa. Tambahan lagi dengan kadar peningkatan kesan-kesan sampingan selepas vaksin, dikalangan rakyat amat membimbangkan.

Konvensyen ini berpandangan bahawa, fatwa perlu dinilai semula dan ditajdidkan berpandukan data-data dan fakta-fakta terkini. Fatwa perlu lebih berhati-hati dan cuba memenuhi cadangan-cadangan untuk sesuai dengan kaedah ikthiyat, iaitu untuk persediaan, pemeliharaan dan berhati-hati, yang sangat bermanfaat dalam mengiystiharkan Dharurat bersesuaian dengan Maqasid Syariah.

Konvensyen juga mencadangkan untuk meneliti semula penggunaan syarat-syarat KERINGANAN (Rukhsah) dalam penggunaan ubatan daripada bahan-bahan yang haram. Antara Syarat-syarat Keringanan (Rukhsah) dalam menggunakan ubat daripada bahan-bahan yang haram adalah:

1. Adakah memang terdapat bahaya yang mengancam kehidupan jika tidak menggunakan vaksin?

2. Adakah Tidak ada ubat lain yang halal sebagai ganti Vaksin yang menggunakan bahan-bahan haram itu?

3. Adakah pernyataan dari pakar perubatan datang daripada yang Muslim, yang dipercayai (amanah dan tidak menipu, baik kajiannya (pemeriksaannya) dan baik agamanya (aqidahnya baik).
(Rujukan: HALAL Dan Haram , Prof Dr Yusof Qardhawi)

Setelah melaksanakan pembentangan daripada pelbagai kluster, perbincangan dalam bengkel khas dan penghalusan bersama jawatankuasa Konvensyen Kebajikan Rakyat, maka Keluster Agama ingin mencadangkan:

1. Fatwa wajib diperbaharui dengan mengutamakaan keadilan dan merujuk kepada pakar-pakar kesihatan dari pelbagai mazhab perubatan mengikut fakta-fakta yang bersesuaian dengan maqasid syariah iaitu menjaga nyawa (hifzul nafs).

2. Pertentangan fakta dan data-data kesan buruk vaksi yang semakin ketara membawa kepada pembaharuan fatwa, iaitu: vaksin hukumnya harus bagi mereka yang mahu menggunakannya, tetapi hukumnya haram pada pemaksaan dalam penggunaannya.

3. Satu platform yang menjadi timbang tara terhadap keputusan kerajaan hendaklah dibina di antara: majlis raja-raja, ulamak akhirat dan rakyat yang berpengetahuan, mementingkan kepentingan rakyat, dan menerima penelitian NGO-NGO dan masyarakat.

4. Semua SOP yang berkaitan agama seperti masjid, solah, madrasah dan lain-lain perlu diubah kembali mengikut sunnah rasulullah saw.

5. Pemimpin-pemimpin negara yang menjadi pengikut global dan mengkhianati amanah dan sumpah setia negara, wajib diturunkandan dihukum sesuai dengan pengkhianatannya.

Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan Samudera.my

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: