Tempatan

KKM komited pastikan keselamatan dan keberkesanan vaksin berdaftar, kata Adham

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) sentiasa komited dalam memastikan kualiti, keselamatan dan keberkesanan vaksin serta ubat-ubatan yang berdaftar terjamin melalui program pemantauan mutu produk berdaftar dan ‘farmakovigilans’. 

Menteri Kesihatan Dr Adham Baba dalam kenyataan hari ini berkata KKM akan memaklumkan perkembangan terkini kepada orang ramai mengenai vaksin berdaftar dari semasa ke semasa.

“Sekiranya terdapat kesan advers selepas penggunaan produk vaksin berdaftar, orang ramai boleh melaporkan kesan advers susulan imunisasi ini sama ada melalui profesional kesihatan atau melaporkan terus kepada NPRA (Bahagian Regulatori Farmasi Negara) melalui laman sesawang, https://npra.gov.my,” katanya mengulas mengenai laporan oleh Norwegian Medicines Agency (NMA) berkenaan kes kematian yang dikaitkan dengan vaksin Pfizer-BioNTech di Norway.

Untuk berita penuh, sila klik di sini

Leave a Reply

Related Articles

Back to top button